01S2

2.5K 225 7
                                    

SURPRISE!

CHAPTER 1 FOR MY LOVELY READERS SEBAB ADA YANG MANGAT NAH NAK BACA😂

BTW, WAIT NAH! SPM NAK HABIS DAH NI. LAGI FOUR SUBJECTS JE LAGI. LAGI DUA MINGGU JE! KO SABO JAP.

AKU PON MANGAT NAK UPDATE. SO, AKU UPDATE DULU YANG NI. NANTI ADA LAGI MASA AKU UPDATE SEBAB SKRG DAH TULIS SAMPAI CHAPTER 8😂

K DAH BEBEL.

Buona Lettura♡

•••

Aku mengerlingkan mata aku ke arah jam yang berada di dinding. Hampir setiap detik jarum jam tersebut aku kerling ke arahnya. Sehinggakan mata aku pedih.

"Dia dah janji nak balik awal", aku berkata perlahan sebelum keluhan terlepas dari dua ulas bibir aku. Hati aku semakin risau.

Aku naik ke tingkat atas apabila aku menangkap bunyi tangisan Taesoo. Mesti baru bangun. Bukan sebab dia masih dalam keadaan mamai yang membuatkan dia menangis, tetapi kerana Yeosoo.

"Mama..", Taesoo memanggil aku apabila dia sedar akan kehadiran aku. Dengan tersedu-sedan, dia bangun dan tangannya laju sahaja menampar belakang badan Yeosoo. Kemudian, dengan pamtas kakinya melunjur turun dan berlari ke arah aku.

"Kim Taesoo! Jaga kau!", Yeosoo sudah menghentakkan kakinya pada katil mereka sambil meraung. Aku hanya menggeleng dengan senyuman di bibir.

"Yeosoo. Dah-dah. Ni mama pukul dia balik", aku dengan acahnya menampar bahu Taesoo perlahan. Taesoo sudah mencebik.

"Dah. Jangan nangis. Kalau tak, mama tampar dua-dua", aku mengugut mereka laju dalam sekelip mata, merka terdiam. Bunyi mereka menahan tangis kedengaran.

"Pandai. Ni barulah anak-anak kesayangan mama", aku tersenyum lalu terus aku mendukung Taesoo dan dibawanya ke arah katil. Aku letakkannya di atas katil di sebelah Yeosoo.

"Dah. Sambung tidur. Dah lewat dah ni", aku berkata pada mereka lalu mereka mengangguk perlahan dan terus baring.

"Mama", aku berpaling pada Yeosoo.

"Ye?"

"Mana papa?", aku tersentak dengan soalan Yeosoo. Ya, sudah hampir pukul 12 malam tetapi Taehyung masih belum pulang. Aku mengeluh perlahan.

"Papa sibuklah sayang. Dah tidur. Nanti papa balik penat. Kalau dia nampak kamu tak tidur lagi, nanti dia marah", aku berkata lalu Yeosoo sekali lagi menganggukkan kepalanya.

Aku tersenyum hambar. Tak pernah Taehyung buat perangai sebegini. Selalunya, janji dia akan ditepati. Dan, kalau dia balik lambat sekalipun, dia akan memberitahu aku dulu.

Tapi, ini? Tiada berita daripadanya untuk mengurangkan rasa risau aku. Aku memejamkan mata aku perlahan dan cuba untuk berfikiran positif.

Tak lama kemudian, aku turun ke bawah semula dan menyibukkan diri dengan mengemas rumah dan menonton televisyen.

Sampailah, aku terlalu penat dan aku tertidur di atas sofa.

---

Taehyung menyerabutkan kepalanya, geram. Kerjanya sering terganggu dengan kedatangan makhluk asing yang tidak diingininya. Disebabkan makhluk asing itu jugalah menyebabkan dia terpaksa pulang lewat harini.

Keluhan lega dilepaskan apabila dia akhirnya dapat menjejakkan kakinya ke dalam rumahnya. Dahinya dikerutkan apabila rumahnya itu masih dinyalakan dengan lampu.

Dilihatkan sahaja di bahagian ruang tamu, kelihatan isterinya sudah terbaring di atas sofa. Taehyung tersenyum nipis lalu dia terus berjalan ke arah isterinya itu. Di melutut di lantai sambil tangannya mengusap perlahan pipi isterinya. Rambut yang menutupi bahagian muka isterinya disisipkan di belakang telinga.

"Ni mesti kes tunggu abang balik ni? Haih. Sayang. Sayang", digelengkan kepalanya dengan senyuman yang masih belum lekang dari bibirnya sebelum badan Yeora dicempung olehnya.

Didaki satu persatu anak tangga sehingga mereka tiba di bilik mereka. Lagi membuatkan Taehyung bahagia apabila melihat anak kembarnya itu tidur di katil mereka yang besar itu. Comel!

Diletakkan perlahan badan isterinya sebelum dia membuka kot kerjanya itu dan dilemparkan ke dalam bakul baju kotor.

"Arh. Penatnya", terus sahaja dia membaringkan badannya seusai menukar pakaiannya kepada baju tidur.

"Goodnight, sayang", dikucup perlahan dahi isterinya sebelum dia pula kalah dengan kantuknya.

---

No one's

Yeora membuka matanya perlahan apabila terasa badannya ditindih. Matanya yang bera cuba dibuka, melihat keadaan sekeliling yang masih gelap.

"Arh", dia cuba bangunntetapi dihalang kembali dan baru dia perasan yang Taehyung sedang memeluknya, erat.

"Abang-"

"5 minit je", Taehyung berjata memotong kata-kata Yeora lalu Yeora hanya tersengih. Dia baring semula. Niat ingin tidur semula terbantut apabila matanya menangkap muka Taehyung.

Diusap perlahan pipi Taehyung dan dicucuk perlahan olehnya. Taehyung cuba menepis tetapi tidak berhasil dan dia membuat prkara yang sama berkali-kali.

"Sayang", panggil Taehyung manja apabila Yeora masih tidak berhenti mengganggu tidurnya. Yeora hanya mencebik kecil sebelum mendiamkan diri.

Dapat dia dengari dengkuran kecil mula terkeluar dari mulut Taehyung. Cepatnya?

'Ni mesti kes penat sangat ni', Yeora hanya berfikir sendirian lalu dia hanya diam sebelum dia pula yang tertidur kerana terlalu selesa dengan pelukan Taehyung itu.

---

"Abang! Bangun!", terus sahaja tubuh Taehyung yang sedang nyenyak tidur itu ditolak oleh Yeora dengan kasar. Diikat laju sahaja rambutnya menjadi ponytail sebelum dia bangun lalu bercekak pinggang memandang Taehyung.

"Kenapa ni, sayang?", digosok perlahan matanya sambil mendongak memandang isterinya yabg sedang bercekak pinggang.

"Fikir comel ke? Bangun! Awak dah lambat nak pergi kerja tau tak?", Yeora berkata lalu terus dia keluar dari biliknya kerana ingin menggosok baju kerja suaminya.

Taehyung terdiam sebelum mencerna kembali ayat isterinya. Dia membulatkan matanya apabila melihat jam oada skrin telefonnya.

Terus sahaja dia bangun dan terus berlari masuk ke dalam bilik air.

---

"Makanan ni dah tak elok. Membazirlah pula", Yeora berkata seorang diri apabila dia menjejakkan kaki di dapur dan melihat makanan semalam di atas meja makan.

Keluhan dilepaskan dan hatinya bersungguh-sungguh berdoa agar Taehyung tidak pulang lambat lagi ke rumah.

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now