10S2

1.6K 165 34
                                    

"Abang. Dah senja dah. Kenapa Yeon Tae dengan Yeosoo tak balik lagi?", Yeora bertanya pada Taehyung.

Taehyung pun ke hulu ke hilir kerana hatinya juga diserang rasa risau.

"Abang", terus air mata seorang ibu tumpah akibat kerisauan yang melampau.

"Mama. Jangan nangis. Nanti Taesoo pun rasa nak nangis", Taesoo berdiri di atas tumitnya untuk menggapai muka aku yang sudah dipenuhi dengan air mata.

"Abang. Mana diorang?", Yeora bertanya lagi. Hatinya cukup sebak apabila mengetahui anak mereka masih belum menjejakkan kaki. Dahlah mereka berada di tempat orang. Sangat asing bagi mereka.

"Argh!", Taehyung menyerabutkan rambutnya kerana terlalu serabut.

"Abang, jomlah laporkan pada polis. Kesian diorang. Entah makan ke belum? Diorang kat mana pun kita tak tahu, abang", Yeora sudah tersak-esak menangis sambil berkata isi hatinya.

"Kalau diorang belim pulang lagi sejam, kita lapor polis ye? Kejap je. Saya yakin diorang tak apa-apa. Kejap je. Sabar ye sayang?", Taehyung mendekati isteri dan anak bongsunya itu yang juga kehilangan kakak kembarnya.

Lalu, ditepis perlahan air mata isterinya yang masih mebgalir. Lalu, dikucup lama dahi isterinya. Dia kemudian memeluk isterinya.

Makin galak Yeora menangis sambil menyembam mukanya pada dada suaminya.

"Anak kita abang"

"Ye, ye, abang tahu. Nanti kita cari diorang ye?"

---

"My older son and daughter were missing since this morning! Is it hard for you guys to go out and find them?! What the hell?!", Taehyung sudah menghentakkan meja di balai polis itu.

"Sir. You should follow the policy. We can find them but not now. After 24 hours, you come here again and report about this case again. We are really sorry but we just follow the policy", polis di situ menerangkan kepada Taehyung.

"Argh!", Taehyung menarik rambutnya geram kerana terlalu menyampah dengan polis itu.

Tiba-tiba, satu panggilan masuk pada Taehyung. Taehyung menilik nombor telefon itu lalu membulatkan matanya apabila yang menelefonnya itu ialah private number.

"Abang-"

"Jap", Taehyung memberhentikan kata-kata isterinya lalu dia menjawab panggilan tersebut sebelum menekan ikon loudspeaker.

"Kim Taehyung", satu suara kecil menyapa mereka dan juga menarik perhatian polis-polis yang berad di sekeliling mereka.

"Kau datang sini kalau kau tak nak tengok satu berita paling memedihkan pada esok pagi", suara itu berkata lahi. Taehyung mengerutkan dahinya. Dipandang orang yang berada di sekelilingnya termasuk istrinya.

"Kau siapa?!", Taehyung agal meninggi suara tetapi Yeora mengusap perlahan tangannya supaya dia menenangkan diri.

"Aku siapa? Tak perlu tahu. Kau nak anak kau hidup kan?", ayat itu dihamburkan sehingga membuatkan Yeora dan Taehyung tergamam. Taehyung menggenggam tangan Yeora kejap.

"Kau nak buat apa dengan anak aku?! Lepaskan dioranglah!", Taehyung menjerit. Polis di situ sudah bersedia untuk track location si pemanggil.

"Kau datang sini. Aku bagi location. Jangan bawa polis. Bawa isteri kau. Kalau kau nak anak-anak kau selamat, kau datang dalam masa 30 minit. Tak datang? Huh. Aku bunuh diorang", panggilan terus dimatikan.

Taehyung sudah menelan liurnya kesat. Yeora sudah berair matanya lalu dipeluk Taesoo erat. Taehyung memeluk isteri dan anaknya sebelum dia bangun dan ingin keluar.

"Abang", tangan Taehyung digenggam Yeora erat.

"Saya kena ikut. Dia bagi syarat tadi. Saya kena ikut", Yeora berkata.

"Nevermind, sir. We will handle this case now", polis yang menguruskan mereka tadi bangun bersama ahlinya yang lain. Tetapi, Taehyung hanya menggeleng.

"No. I can handle this. By the way, you could hear that right? Kau Korean kan? Dia ada cakap kan yang aku tak boleh bawa polis? Kau dengar kan?", Taehyung menjeling seorang anggota polis yang merupakan warga Korea.

Polis itu hanya mengangguk.

"Sayang. Sayang duduk sini. Tak kira dia suruh bawa atau tak, abang takkan risikokan nyawa sayang dan nyawa Taesoo untuk diorang. Duduk sini. Nanti abang balik", Taehyung berkata sebelum menolak genggaman isterinya pada tangannya dan terus berlari keluar dari balai polis.

"Abang!", Yeora menangis teresak-esak akibat rasa risau. Sudahlah dia merisaukan keadaan anak-anaknya. Sekarang suaminya pula?

---

"Kau dua beradik, cjkuplah untuk aku dapat pampasan yang aku nak. Percayalah. Aku tahu papa kesayangan korang tu akan tinggalkan korang dan terima lamaran aku", seronok sahaja Reena membebel di hadapan dua budak tak sedarkan diri itu.

Yeon Tae mengemam bibirnya, geram. Dia hanya baring statik di sebelah adik perempuannya. Matanya dibuka sikit dan dapat dia lihat muka lesu adiknya. Dia terus menutup mata semula.

"Tapi, jangan risau, kalau dia terima lamaran aku pun, kau satu keluarga, akan mati di tangan aku. Barulah dikira au menang. Tiada lagi saingan untuk aku dapatkan jodoh aku tu. Kan?", pipi Yeon Tae diusap lembut.

"Kau pun, boleh tahan kacak macam papa kau. Haha", Reena masih mengusap pipi Yeon Tae yang lembut itu.

Dengan pantas Yeon Tae menyepak kaki perempuan di hadapannya itu dengan kuat sehingga perempuan itu jatuh tersungkur ke hadapan.

"Ark! Sakit bodoh!", Reena menjerit.

"Jangan kau berani kacau keluarga aku! Kau siapa nak hancurkan keluarga aku?!", Yeon Tae menjerit. Dia hanya terbaring memandang perempuan gila itu.

"Kau memang berani kan, budak? Kacak, kacak dah. Tapi perangai macam setan", satu tampara dihadiahkan pada Yeon Tae.

Yeon Tae tersenyum sinis. Lalu, dia tergelak besar. Reena mengetap giginya, geram dengan reaksi Yeon Tae.

"Kau", sekali lagi, makin galak Yeon Tae gelak. Sehingga bergema kawasan tesebut dengan gelakannya. Reena memejamkan matanya untuk menenangkan fikirannya sebelum dia membukanya kembali dan...

"Kau tak boleh ganggu keluarga aku dan aku takkan benarkan kau sentuh diorang"

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now