04S2

1.8K 186 59
                                    

Double update or triple?

Buona Lettura♡

•••

Ditarik tangan Yeora dan digenggam kemas. Yeora cuba menarik kembali tangannya tetapi Taehyung genggam terlalu erat.

"Ish. Lepaslah!", Yeora sedaya upaya melepaskan dirinya dari pegangan Taehyung ditambah pula ingin mengimbangi dirinya daripada terjatuh betsama Taesoo yang berada do dalam dukungannya.

"Sayang. Dengar cakap abang", Tarhyung cuba untuk memberhentikan Yeora tetapi hampa apabila Yeora dengan segala kudratnya dia menarik keluar tangannya lalu ditampar muka Taehyung sehingga muka Taehyung terdorong ke kiri.

"Apa lagi yang abang nak cakap? Apa?! Tadi hanya lakonan? Saya hanya berhalusinasi?! Baru saya tahu apa yang selama ini abang buat sampaikan abang kerap pulang lewat ke rumah. Saya...kecewa dengan abang", dengan air mata yang masih berguguran, Yeora berkata.

Semua orang di sekeliling mereka yang turut berada di lobi itu memandang ke arah mereka.

"Mama. Papa. Jangan gaduh", Taesoo sudah teresak-esak melihat keadaan Yeora dan Taehyung yang sedang berkelahi.

"Saya benci abang", terus sahaja Yeora berlalu pergi meninggalkan Taehyung. Diperbetulkan keadaan Taesoo lalu dengan kudratnya dia berjalan melintasi jalan raya dan menuju ke keretanya walaupun hakikatnya, badannya semakin lemah.

Dimasuki perut kereta lalu dia letakkan Taesoo yang masih menangis itu di tempat penumpang.

Yeora meletakkan kepalanya di atas stereng lalu dia meraung, menjerit dan menangis teresak-esak. Sungguh, apa yang kurang pada dirinya sehingga sanggup Taehyung perlakukan dirinya sebegini?

---

"Semua sebab kau!", Taehyung menampar muka Reena apabila dia muncul kembali selepqs kejadian tadi. Taehyung yang matanya sidah mwrah menahan tangis serta amarahnya itu memandang tajam ke arah Reena.

"Kalau kau tak wujud dalam dalam hidup aku, hidup aku takkan jadi huru-hura macam ni!", Taehyung meraung kuat lalu akhirnya dia menangis.

"You..", Reena terdiam. Dia tak berani nak ganggu Taehyung lagi. Tapi, tiba-tiba satu idea yang baginya bernas timbul di lubuk mindanya.

"Yeora. Kim Yeora", Taehyung menangis sambil menyebut-nyebut nama isterinya. Sungguh dia rasa ingin memutar balik masa lalu supaya dia tidak berniat untuk membantu perempuan sial ini.

---

Taehyung melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia tahu masih awal untuk dirinya pulang ke rumah. Tapi, dia ingin memperbetulkan segalanya.

"Tak adalah, ma. Yeo tengok drama tadi. Sebab tu nangis tadi tak berhenti. Sampai suara pun pelik kan?", kedengaran suara sayup Yeora dari luar bilik.

"Betul, ma. Buat apa Yeo nak tipu", sekali lagi suaranya kedengaran. Taehyung hanya menadah telinga, mendengar perbualan isterinya bersama mamanya.

"Tak apalah, ma. Yeo nak tidur jap. Penat baru tidurkan Taesoo dengan Yeosoo. Yeon Tae ada kat sekolah lagi. Harini dia ada kelas tambahan. Bye, ma", terus hening suasana seusai perbualan itu ditamatkan.

Baru sahaja Taehyung mahu membuka pintu bilik mereka, esakan kecil mula kedengaran.

"Kenapa papa sanggup buat kat mama macam ni? Mama tak sangka papa akan sia-siakan peluang keduanya yang dulunya dia tagih daripada mama"

Taehyung tergamam. Terdiam tak berkutik apabila mendengar luahan hati Yeora. Walaupun dia tidak melakukan perkara tersebut, dia masih terasa dengan ayat yang dilemparkan oleh isterinya.

Taehyung bersandar pada pintu. Tak sanggup ingin melihat isterinya menangis kerana dirinya. Rasa bersalah mula menyerang apabila esakan itu yang menjadi semakin kuat.

Dia tak tahu bagaimana lagi ingin menerangkan segalanya. Dia ingin mengubah fahaman isterinya tentang kejadian tadi tetapi dia tahu, Yeora takkan luangkan sesaat pun untuk mendengar penjelasannya.

---

Yeora bangun dari tidur yang rasanya tak nyenyak langsung. Dia hanya tertidur kerana terlalu penat menangis. Digosok matanya perlahan sebelum dia mengeliat kecil kerana lenguh.

Dilihat ke arah sebelahnya di mana Taesoo dan Yeosoo sedang tidur. Dia tersenyum kecil sebelum bangun untuk membasuh muka.

Seusai melakukan segalanya di dalam bilik, dia membuka pintu biliknya dan dia terlompat kecil melihat sekujur tubuh jatuh ke lantai.

Dia terdiam. Memandang dalam ke arah gerangan tersebut. Dia hanya melepasinya tanpa berbuat apa-pa sebelum turun ke bawah untuk masak pada dirinya dan anak-anaknya.

Suami? Ah, dia pulang lewat dan dia kata tak perlu masak untuknya.

---

Taehyung terjaga apabila dia terbangun sebab ada benda menindihnya. Dia memegang kepalanya yang sakit ditambah pula dengan pening.

"Papa! Papa! Bangunlah! Kenapa tidur kat lantai?", Taesoo menarik tangan kiri Taehyung.

"Papa, papa! Yeo rindu papa!", Yeosoo menjerit sambil menarik tangan kanan Taehyung.

"Papa! Jom main dengan Taesoo!", Taesoo menjerit lagi.

"Papa main dengan Yeosoolah! Tepi!", ditolak Taesoo jauh dari Taehyung dengan muka tidak puas hati.

Mulalah Taesoo meraung. Menangis kerana ditolak oleh Yeosoo.

"Kim Yeosoo! Kim Taesoo! Diam! Mari turun bawah! Makan!", Yeora menjerit dari bawah. Taesoo dan Yeosoo terdiam.

"Jom", Taehyung mengajak anak-anaknya. Mereka berdua memegang kedua-dua belah tangan Taehyung.

Di saat Taehyung turun, Yeora dan Yeon Tae sudah duduk di tempat mereka. Terhidang semua makanan. Tetapi, di tempatnya, tiada satu pinggan pun dihidangkan buatnya.

Dia terpaku. Yeora hanya diam.

"Kamu pergi makan. Papa nak keluar", Taehyung berkata pada anak-anaknya.

"Papa nak pergi mana? Jomlah main dengan Yeosoo"

"Papa ada kerjalah sayang. Maaf. Nanti kita main sekali ye?", terus Taehyung melepaskan tangannya dari pegangang kedua-dua anak kembarnya sebelum keluar dari rumah.

Yeora memandang Taehyung sayu. Tetapi, kejadian tadi cukup membuatkan dia sakit. Siapa tak sakit bila lihat suami sendiri berciuman dengan perempuan selain diri yang bergelar isteri ini?

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now