13S2

1.7K 192 126
                                    

Okay guys. Sebelum Idae wish korang enjoy reading this chapter, i want to promote one of my 'paling lawa' friend punya ff dia baru publish pada 10/12/2018.

 Sebelum Idae wish korang enjoy reading this chapter, i want to promote one of my 'paling lawa' friend punya ff dia baru publish pada 10/12/2018

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

By: metayeon kawan paling lawa di dunia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


By: metayeon kawan paling lawa di dunia

Okay done promoting.
Kawal emosi anda ketika baca chapter ini kerana chapter ini memerlukan kesabaran tahap maksimum.

Buona Lettura♡

•••

"Kalau you tak nak I buat hal lagi, tolong kahwin dengan I. I sunyi tanpa you. I rasa ada yang kurang kalau you tak ada di sisi I. Please, Kim Taehyung?"

Taehyung membaling telefon pintarnya ke atas katilnya. Rasa ingin menjerit pun ada. Dengan isteri memulaukannya dan sekarang apa? Reena nak bermadu dengan Yeora.

"Kenapalah Kau turunkan ujian ni kepada aku, Tuhan?", dia terduduk di birai katil sebelum menekup mukanya.

---

"Keluar. Aku tak da masa nak layan kau. Aku banyak kerja", Taehyung berkata dengan suara yang mendatar.

"Terima I, baru I keluar", ayat yang sudah 55 kali dia ulang pada pagi itu sahaja. Naik bernanah telinga Kim Taehyung mendengar ayat sumpahan dari nenek kebayan di hadapan meja kerjanya itu.

"Sebelum aku seret kau keluar, better kau keluar sekarang. Sabar aku ada limit, Jung Reena", lagi sekali, nafas yang cuba ditahan itu masih bercakap dengan perempuan itu perlahan.

"Tak. Nak", satu persatu perkataan diungkapkan oleh Jung Reena dan amatlah menyakitkan hati Taehyung. Rasa nak hempuk kepala perempuan tersebut di atas mejanya.

"Kau dah musnahkan keluarga aku, apa yang kau nak lagi, perempuan?", Taehyung berkata sambil tangannya masih ligat berlari di papan kekunci komputernya.

Gelakan mengilai Jung Reena mengisi ruang di dalam pejabat Kim Taehyung dan cukup membuatkan Taehyung mengerutkan dahinya pelik.

"Dah semestinya I nak you tunaikan permintaan I", makin berkerut dahi Taehyung setelah kata-kata tersebut diungkapkan oleh Jung Reena itu.

"Permintaan ap-"

"Kahwin dengan I"

---

"Sayang?", kaki Taehyung mula melangkah masuk ke dalam bilik mereka berdua.

"Tak adalah pula. Macam ma-", bebelannya terhenti apabila bunyi kunci pintu bilik air dibuka mengejutkannya.

Dia memandang ke arah bilik air itu lalu pintunya terus terbuka. Memaparkan muka isterinya yang baru sahaja mandi.

Yeora diam. Dia hanya berjalan melepasi suaminya itu tanpa satu perkataan disembul keluar dari dua ulas bibirnya. Dia mencari baju untuk dipakai memandangkan dia hanya berkemban sekarang ni.

Dah biasa pakai macam ni. Lagipun, Taehyung dari dulu tak kisah begitu juga dirinya.

"Buat apa tercegat kat situ lagi? Keluar. Nak tukar baju pun nak tengok ke?", jelingan maut dihadiahkan pada Taehyung dan Taehyung yang menggigit bibir bawahnya itu terus menunduk sebelum keluar dari bilik mereka.

Pintu bilik tidur mereka ditutup rapat sebelum dia bersandar pada pintu bilik itu. Dia meraup wajahnya kasar. Macam mana dia mahu menyatakna keinginan itu?

"Papa buat apa lagi kat sini? Nak sakitkan hati mama lagi?", ayat yang amat pedas itu membuatkan Taehyung termangu lalu kepalanya memandang ke sebelah kirinya.

Kelihatan Yeon Tae sedang berpeluk tubuh memandangnya.

"Kalau niat papa nak dakitkan hati mama, better papa pergi. Mama dah cukup tersakiti dengan kelakuan papa yang semakin menjadi-jadi. Yeon tak suka tengok mama tiap hari menangis sebab papa", tersentak bukan kepalang lagi Taehyung apabila ayat terakhir diujarkan oleh Yeon Tae.

Hasratnya ini sudah pasti bakal menyakitkak hati yang memang sudah menyimpan luka yang cukup dalam hanya disebabkan dirnya.

Tetapi, perkara lain yang menerpa mindanya, menepis pemikirannya tentang hati isterinya yang bakal disakiti.

"Papa tahu apa yang papa buat. Kamu jangan masuk campur", terus Taehyung berdiri tegak sebelum memasuki semula bilik yang sedang Yeori duduki. Pintu ditutup agak kuat sehingga Yeon Tae menjeling pintu itu manakala Yeora terhinjut bahunya akibat terkejut dengan hempasan pintu tersebut.

"Abang ni dah kenapa? Main hempas-hempas pintu?",dijeling sumainya yang berada di hadapan muka pintu itu sebelum dia sambung mengutip pakaian kotor yang telah mereka pakai dalam tiga hari itu untuk dibasuh.

"Abang ada benda nak cakap. You better sit and hear it properly", Taehyung berkata agak tegas pada isterinya.

"Cakap jelah. Saya masih ada telinga walaupun saya sedang buat kerja. Saya masih boleh mendengar. So, cakap je", Yeora berkata selamba tanpa menoleh sedikit pun ke arah suaminya.

Taehyung sudah menahan amarah. Telinganya sudah memerah akibat hatinya yang mula panas dengan sikap isterinya. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya perlahan.

"Abang nak elakkan benda buruk daripada terjadi or let me be more specific. Abang akan kahwin dengan Jung Reena", seusai ayat itu diujarkan oleh Kim Taehyung, Yeora terpempan.

Dia berdiri statik membelakangi suaminya itu. Matanya terkebil-kebil, cuba untuk mencerna apa yang disampaikan oleh suaminya. Baju yang digendongnya hampir sahaja terlepas dari pegangannya.

"Look, Shin Yeora. Abang bukan buat ni sebab abang nak tapi abang tak naka abang tertuduh membunuh Reena memandangkan abang tahu dia pasti menggunakan taktik kotor untik hancurkan keluarga kita. Tolong terima ni seadanya. Abang terpaksa", Taehyung bangun lalu badan isterinya dipalingkan menghadapnya.

"I'm so sorry. Abang tahu sayang marahkan abang tapi-"

"Siapa kata saya marahkan abang? Tengok muka saya macam nak nangis ke? Takkan? Abang buat jelah ikut suka hati abang. Saya dah malas nak kisah dengan semua ni. Saya dah penat", terus terang Yeora berkata pada Taehyung dan sungguh Taehyung tidak menyangka dengan setenang itu Yeora memberi reaksinya.

"Dah tepi. Saya nak pergi basuh baju kita ni. Lepas ni, senang sikit kerja saya. Tak perlu nak basuh baju abang memandang dah ada isteri baru nanti kan?", dengan pedasnya Yera melemparkan ayatnya yang cukup membuatkan hati Taehyung sedikit sebanyak tersentap.

Hempasan pintu bilik mereka menghinjutkan bahu Taehyung.

Yeora sudah bersandar pada pintu bilik mereka lalu air mata yang dari yadi ditahan akhirnya tumpah. Dia tak sangka..sampai macam itu sekali suaminya berfikir.

Padahal, dia yakin, masih ada cara lain selain berkahwin dengan perempuan pemusnah rumah tangga mereka itu, demi menyelamatkan rumah tangga mereka dan juga status bersih keluarga mereka.

Dia kecewa dengan sikap suaminya yang berfikiran melulu.

Dia...kecewa sangat.

|√| [S1 & S2] Isteri Palsu - KTHWhere stories live. Discover now