0 | Maafkan saya

3.2K 436 122
                                    

SONG JI HYO

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SONG JI HYO.

"AHH!", erang aku kesakitan sebaik pipi aku ditampar kuat membuatkan aku hilang imbangan badan.

Pipi aku yang kemerahan itu aku pegang walaupun aku tahu sakitnya tidak akan hilang tetapi itu tidaklah setanding kesakitan pada hati yang aku rasai. Air mata, aku cuba untuk tahan dari mengalir.

Wajah dia aku tatap dengan perasaan cuak kerana ini pertama kali Jeon Jungkook suami aku menampar aku atas sebab aku dengan tidak sengaja terlihat akan adegan itu petang tadi.

Dia tersenyum sinis "Kenapa? Takut nampak side baru aku?", lidahnya menolak pipi dalam dan menjadikan ia nampak agak sexy.

Dia tersenyum sinis "Kenapa? Takut nampak side baru aku?", lidahnya menolak pipi dalam dan menjadikan ia nampak agak sexy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ju-Jungkook ke-Kenapa dengan awak?"

Dia mendekat mengambil seberapa banyak jurang jarak antara kami tanpa ada masalah, deruan nafas dia terasa sangat hangat diwajah aku "Itu sebab aku tahu, kau akan bagitahu Hyung aku pasal hal yang kau nampak petang tadi, am I right?", bisik Jungkook bernafas berat tepat ditelinga aku.

"Jung-Jungkook jeball"

"Diam!"

Petang tadi aku dengan tidak sengaja terlihat tangkap akan Jungkook dan seorang wanita bertubuh langsing sedang bercumbuan leka dalam dunia mereka di tempat kerjanya.

Itu amat menyakitkan hati aku, sanggup dia berlaku keji sebegitu rupa. Aku hanya mahu menghantar makanan pada suami aku sendiri tetapi ini yang aku dapat sebagai balasan.

Aku siapa di mata kau Jeon Jungkook? Dan ye, wanita bertubuh cantik itu adalah isteri kepada abang kandung Jungkook sendiri, Jeon Seok Jin.

"Aku bagi amaran, kalau Jin Hyung dapat tahu pasal ni. Kau, aku seksa macam pelacur, faham?", sinis Jungkook memberi amaran tegas pada aku.

"Tapi saya isteri awak Jungkook!"

"DIAM! Aku tak ada isteri macam kau. Ini semua salah kau, aku sekarang dah beralih hati. Memandangkan kau dah tahu pasal aku dengan Jiyeon, aku nak kau ambik nota sikit, yang aku cuma cinta mati pada Jiyeon. Cuma Jiyeon", kata-kata dia menyiat hati aku perlahan-lahan sakitnya hati aku hanya tuhan sahaja yang tahu.

Air mata tidak dapat lagi dibendung, kenapa aku terpaksa lalui semua ini? Jeon Jungkook berubah selepas kematian Ommanya dan itu bukan salah aku.

"Tak guna kau menangis sebab kau patut sedar kedudukan kau sebagai anak yatim piatu. Kau patut bersyukur aku pungut kau jadikan isteri aku", ungkapnya lalu melonggarkan tali lehernya "Sekarang aku nak kau layan aku"

Aku terkaku statik lidah aku terasa kelu, air mata masih lagi sedaya upaya aku menahan. Aku tidak boleh nampak lemah dihadapan Jungkook kerana aku menganggap ini adalah salah satu ujian perkhawinan kami.

Dan aku terima dengan hati yang terbuka.

Aku melihat Jungkook yang memandang aku dengan jungkitan kening "Apa? Dah tak reti layan suami? PERGILAH MASAK UNTUK AKU!", sergahan dia membuatkan aku secara automatik berlari pantas ke dapur.

Itu tidak benar sama sekali, aku memang dibesarkan di tempat pusat anak yatim tetapi cinta kami hingga bergelar suami isteri itu bukanlah kerana Jungkook pungut aku atas sebab kasihan seperti mana yang Jungkook kata tetapi kami memang berkahwin atas dasar cinta.

Setahun kemudian, dia berubah setelah Omma Jeon meninggal dunia. Dia lebih dingin, sering tiada masa untuk aku, sibuk dengan kerja malah kerap kali tidur bilik berasingan.

Masa itu aku menetapkan pemikiran aku yang mungkin Jungkook perlukan masa untuk mengubati perasaan rindunya pada Omma Jeon. Tetapi aku silap selepas mata aku ini menjadi saksi hubungan intim antara Jeon Ji Yeon dan suami aku sendiri.

Hidup aku mula berubah kepada cinta kepada bencana. Kini makin teruk, aku dapat rasakan itu.

Jungkook, sekiranya saya ada berlaku salah pada awak tolong maafkan saya.

______







🌸s a m b u n g🌸
🌸v o t e🌸
🌸c o m m e n t🌸

terima kasih korang semua yang dah voting cerita ni.

[C] 𝓙𝓮𝓸𝓷'𝓼 𝓹𝓪𝓲𝓷𝓯𝓾𝓵 𝓽𝓸𝓾𝓬𝓱 | JungkookWhere stories live. Discover now