29 | Maafkan aku.

2.3K 421 103
                                    

JEON JUNGKOOK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JEON JUNGKOOK

Kenapa aku rasa macam ni?

Kenapa aku rasa kosong?

Sedih?

Sesat?

Marah?

Kehilangan?

Aku mengeleng kepala sebelum pulang ke rumah, sebaik aku mahu ke tempat aku memakir kereta, aku terlihat beberapa orang berdiri di hadapan kereta aku.

Fuck.

Aku berlari "Yah!", sergah aku membuatkan kesemua mereka melihat aku.

Aku terkejut melihat kereta aku, keempat-empat tayarnya pancit. Bukan itu sahaja, tubuh kereta aku diconteng penuh mengunakan marker putih.

'BODOH TAK HIDUP JADI KAU?'

'MUKA HANDSOME TAPI PERANGAI TAK SELARI DENGAN MUKA TAK GUNA JUGAK!'

'LATAR BELAKANG BAIK TAK SEMESTINYA ENGKAU PUN BAIK!'

Aku terduduk cangkung meraup kasar rambut aku, ya tuhan ujian apa lagi ni?

Aku bingkas bangun "Siapa yang buat ni?!", aku sudah tidak boleh kawal kemarahan aku.

Kesemua mereka tampak keliru "Tadi ada beberapa budak remaja perempuan buat sesuatu dekat kereta ni"

Budak perempuan? Aku meliar ke seluruh arah berharap dapat jumpa si pertanggungjawab.

Ini kereta mahal!

Bayar bukannya pakai daun!

Sesekali aku meliar mencari, mata aku tertancap pada seseorang aku kenali. Dia memandang aku dengan wajah tanpa riaksi.

Somi.

"Somi-ah", aku ingin melangkah mendekatinya tetapi lain pula bila aku terlihat ditangannya terdapat satu botol spray putih.

Dia buat semua ni ke?

Aku mula ingin bergerak tetapi dia dengan pantas membuang botol spray tersebut dan pantas memasuki ke dalam perut sebuah kereta dimana tiada bumbung yang dapat memudahkan aku melihat dia bersama-sama sekumpulan pelajar perempuan sekolahnya.

Aku terkedu.

Adik aku sendiri, kini benci aku.

Beberapa minit aku berjalan pulang ke rumah, aku akhirnya ada masa melihat dunia. Sebelum ini aku tidak pernah melihat perkembangan dunia luar yang indah ini.

[C] 𝓙𝓮𝓸𝓷'𝓼 𝓹𝓪𝓲𝓷𝓯𝓾𝓵 𝓽𝓸𝓾𝓬𝓱 | JungkookWhere stories live. Discover now