15 | Saya tolong

2.1K 361 308
                                    

Sebaik mereka menapak ke dalam rumah "Kau sini", panggil Jungkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik mereka menapak ke dalam rumah "Kau sini", panggil Jungkook.

Jihyo mengikut arahan.

"Apa benda nya tadi tu?", soal Jungkook dingin.

"Sa-Saya hantar makanan sikit"

"Aku dah kata kan jangan jumpa dia lagi? PERKATAAN MANA YANG KAU TAK FAHAM?!", kata Jungkook makin meninggikan nadanya.

Jihyo tertunduk, tubuhnya mengigil "Saya mintak maaf"

"Urgh Park Jimin pabo tu, banyak-banyak tempat kediaman dalam bandar Seoul ni kenapa lah dia duduk depan rumah aku?!", keluh Jungkook.

"Hm? Aku tertanya, kenapa Jungkook benci sangat dengan Jimin walhal diorang sahabat?", desis hati kecilnya "J-Jungkook? Kenapa—awak benci Jimin?", soalnya berani.

Jungkook toleh sudah menjungkitkan kening "Jimin? Heh banyak aku benci pasal dia. Pertama, dia hodoh. Kedua, dia pabo. Ketiga, dia keluar dari BTS"

"APA?! Itu je sebabnya? Dia benci Jimin sebab Jimin keluar dari BTS? What a clichè reason"

"—kejap, kenapa aku kena bagitahu benda ni dekat kau ha? Buang masa", kata Jungkook kemudian pergi mendaki tangga tanpa masalah.

Jihyo agak terbiasa pula dengan kata-kata Jungkook itu. Seketika, Jungkook datang kembali dan berjaya memeranjatkan Jihyo.

"Buatkan air Nutella Hot Chocolate. Hantar dekat bilik", pesan Jungkook sedikit sebanyak membuatkan Jihyo tersenyum.

Kerana Jihyo tahu, hanya air buatannya sahaja dapat menambat hati Jungkook.

Pernah jejaka itu kata, Nutella Hot Chocolate buatan Jihyo adalah kegemarannya dan tidak ada sesiapa yang boleh tandingi air Nutella Hot Chocolate buatan Jihyo. Sampai sekarang, Jihyo ingat kata-kata itu.

Tiada yang dapat menandingi air buatan Jihyo.

Tiada sesiapa.

____

Seusai Jungkook keluar dari bilik air, dia memakai baju tidur dan di bawa diri ke hadapan cermin.

Sebelum dia tidur dia harus memakai losyen dan sedikit pelembap wajah. Botol losyen di picit mengeluarkan kuantiti losyen yang agak banyak lalu di sapu-sapu pada lengan.

Kedua, dia harus memakai pelembap muka tetapi baru dia tersadar tangannya sudah berlosyen.

"Argh, aku patut pakai pelembap ni dulu sebelum pakai losyen aishh", keluh Jungkook.

[C] 𝓙𝓮𝓸𝓷'𝓼 𝓹𝓪𝓲𝓷𝓯𝓾𝓵 𝓽𝓸𝓾𝓬𝓱 | JungkookWhere stories live. Discover now