18 | Cahaya mata

2.2K 366 397
                                    

❝Awak adalah segala-galanya bagi saya Jungkook. Saya memilih untuk diam diri walaupun saya tahu awak berlaku curang pada saya. Saya hanya cukup gembira dapat berada di sisi awak walaupun awak selalu sakiti saya. Saya hanya cukup gembira hanya dengan bangun melihat awak setiap pagi. Saya hanya cukup gembira walaupun ianya menyakitkan. Saya tidak mampu kehilangan awak tapi awak cuba menyingkirkan saya dalam hidup awak. Tapi awak perlu tahu sesuatu, saya cintakan awak Jeon Jungkook❞

______

🌸| Keesokkan harinya.

Matahari memancar nyinar di pagi hari dan terlihat akan si jejaka Jungkook sudah bersiap-siap berpakaian kemas, dia mahu ke mana?

"Awak nak pergi mana?", tanya Jihyo saat melihat Jungkook bersiap-siap dengan membawa sejambak bunga di tangan.

"Ada kena mengena dengan kau ke? Aku rasa tak ada, diam kalau tak nak ada apa-apa kesan lembam dekat kau lagi", katanya kasar penuh dengan rasa kebencian.

Jihyo terdiam hanya melihat Jungkook bergerak pergi. Sedih sudah semestinya, layanan baru dari Jungkook padanya ini sepertinya sudah terbiasa dihadapi.

SONG JIHYO.

Penyapu aku pegang mengemas rumah dan seusai siap, aku bermain sebentar dengan komputer riba membuka aplikasi Instagram.

Kini aku menyesal, gambar pertama yang menjadi tatapan mata aku adalah gambar Jiyeon memegang sejambak bunga.

Kini aku menyesal, gambar pertama yang menjadi tatapan mata aku adalah gambar Jiyeon memegang sejambak bunga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedih.

Aku seratus peratus pasti bunga itu adalah bunga pemberian Jungkook aku lihat pagi tadi. Cemburu? Sudah semestinya, kerana aku tidak langsung pernah menerima apa-apa hadiah dari Jungkook semenjak kejadian itu berlaku.

Sakitnya hati tu tidak usah di rungkai tahu, sememangnya pedih serta perit.

Bila ini akan berakhir?

Tiada siapa tahu.

Air mata sedaya upaya aku tahan dan dalam pada masa yang sama aku terfikir.

Apa penyebab yang kuat membuatkan Jungkook dengan tiba-tiba nya jatuh hati pada Jiyeon? Setahu aku, Jiyeon cuma dianggap kakak pada Jungkook sahaja.

Bila mereka jatuh cinta? Aku tak tahu, aku tiada jawapannya.

Bagaimana? Aku juga tak tahu.

____

Sebelah petang, aku menjenguk keluar tingkap sebab aku tahu bila hari kian petang pasti ada beberapa segerombolan kanak-kanak bermain diluar.

[C] 𝓙𝓮𝓸𝓷'𝓼 𝓹𝓪𝓲𝓷𝓯𝓾𝓵 𝓽𝓸𝓾𝓬𝓱 | JungkookWhere stories live. Discover now