21 | Ceraikan dia

2.2K 405 304
                                    

PARK JIMIN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PARK JIMIN.

"Bagi dua bilik, sebelah sebelah ye", pesan aku pada pekerja hotel di sebalik kaunter ini.

Seusai aku membayar, aku mengerling sekilas Jihyo yang sedang dalam kesejukkan memeluk tubuh bersama jaket aku.

Kesian dia, pasti dia dah lalui banyak perkara yang teruk.

"Ini dia Encik, tingkat 7 kunci bilik 1408 dan 1409, selamat malam"

"Terima kasih", aku ambil kad kunci tersebut seraya bergerak menegur Jihyo "Nah kunci bilik kau"

Dia mengangguk perlahan dan mata itu matanya itu kelihatan sembam mungkin kerana dari akibat adegan tangisan tadi.

Kami bergerak ke tingkat 7 dengan menaiki lif. Keadaan sekarang terasa sangat kekok, mungkin aku seorang sahaja rasa begitu kerana dapat aku lihat dari ekoran mata, Jihyo kelihatan letih lesu langsung tidak bermaya.

Aku berdehem "Ehem, ka-kau lapar?"

Dia memandangkan aku dengan lemah.

"Dalam situasi macam ni, orang masih ada selera ke?", di soal aku dan aku faham maksud kata-kata dia.

"Mian", aku menghembus nafas menyandar pada dinding lif.

"Em ke-kenapa awak minta maaf tiba-tiba?"

"Aku tak minta maaf dekat kau, aku minta maaf dekat perut aku. Perut, sabarlah ye nanti kita dapat jugak makan lepas Cik Jihyo kita ni ada selera ok?", aku cuba mengunakan tektik saiko dia semula.

"A-Awak nak makan, awak makan lah. Sa-Saya tak nak", muka risau itu ya tuhan comel sangat.

"Tak apa, kita susah sama-sama lapar pun sama-sama"

"Ok ok ok ok saya makan, ok?", dia mencebik comel.

Ya tuhan, kenapa ada manusia yang boleh tolak seorang gadis comel seperti Jihyo ini dengan begitu kejam?

Dia bukan setakat comel, dia tabah dan kuat. Dia wanita yang luar biasa, hanya satu dalam sejuta. Seseorang wanita seperti Jihyo perlu di jaga dan aku harap aku lah penjaga yang sesuai untuknya.

Aku akan jaga kau Jihyo.

Aku janji.

END POV.

Seusai mereka sampai, Jimin menghantar Jihyo dahulu. Dia berdiri di bingkai pintu melihat Jihyo dengan perasaan sebak.

"Aku pergi beli makanan, kau mandi lah dulu rehatkan diri dan jangan—jangan fikir apa-apa, fikir aku boleh. Rehatkan badan je ok? Aku tak lama, ada apa-apa telefon terus, faham?"

Jihyo jadi rimas "Ye saya faham"

Jimin mengangguk sebelum pergi dengan hati yang memberat, sukar untuknya meninggalkan Jihyo sendiri tetapi ada satu hal yang perlu dia selesaikan sebelum apa-apa.

[C] 𝓙𝓮𝓸𝓷'𝓼 𝓹𝓪𝓲𝓷𝓯𝓾𝓵 𝓽𝓸𝓾𝓬𝓱 | JungkookWhere stories live. Discover now