36 | Awak tipu

714 100 29
                                    

Petang sikit chapter 37

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Petang sikit chapter 37.

"Kita belum bercerai..."

Dunia gadis ini dikelilingi hentaman batu keliru membuat satu persatu sisa keselesaanya diganggu oleh kata-kata Jungkook.

"A-Apa maksud awak? Ki-Kita belum bercerai?", tanya Jihyo selari dengan tertawa halus kerana baginya Jungkook sedang menipu.

Jungkook mengeleng "Aku tak tipu Jihyo, a-aku minta maaf sebab tak terangkan dekat kau soal perceraian kita"

"Engkau..."

"Jihyo dengar dulu penjelasan aku, e-engkau memang dah file kan butir secara manual surat penceraian kita. Ta-Tapi aku belum turunkan tanda tangan aku pada surat tu"

Penerangan mengarut Jungkook itu langsung membawa lutut Jihyo jatuh menghembam bumi, gadis kecil itu terduduk seraya mata merembeskan air mata.

Dia tidak percaya akan apa yang di dengari seketika ini seolah dia tidak mahu percaya telinganya sendiri.

"Jihyo aku tahu aku salah! Ta-Tapi aku buat semua ni sebab-"

"Sebab apa Jungkook?", gigi diketap geram tidak langsung sanggup memandang nak mata naif Jeon Jungkook "Sebab kau rasa kau masih sayang kan aku lagi? ITU MENGARUT JEON JUNGKOOK!", kali ini Jihyo membahasakan diri 'engkau, aku' tiada lagi 'awak, saya' pada situasi tegang ini.

Turun naik dada Jihyo tidak lagi stabil seperti mahu pitam sahaja.

Jungkook sudah mencebik seraya merembeskan air mata "Aku, aku hisk, ak-u sayangkan kau lagi dan dalam pada yang sama aku masih cintakan Jiyeon tapi tu dulu Jihyo hisk, se-sekarang hisk sekarang aku sayangkan cintakan kau seorang"

Dada dipegang Jihyo menutup mata, fikiran sudah tidak stabil memikirkan sampai bila lagi cerita Jihyo dan Jungkook akan pergi? Bila mereka akan jumpa penamatnya?

Jungkook turut terjatuh menghadap Jihyo, dia cuba untuk meraih tangan mulus Jihyo tetapi sesaat dia sedar, dia bukan lagi jejaka di hati Jihyo dan bukan lagi sesiapa lagi pada Jihyo.

Hati Jihyo sudah lama mati untuk Jungkook.

"Jebal J-Jungkook, to..hisk...tolong lepaskan aku. Aku dah penat dengan permainan kau, sampai bila lagi? Sampai bila lagi kau nak seksa aku? Sampai aku mati? Engkau tak perlukan aku aku pun tak perlukan kau. Boleh tak, boleh tak KAU PERGI DARI HIDUP AKU!!!!!!!"

BAM!

"No-Noona!", kedengaran pintu dikuak kuat oleh Bang Chan berlari pantas terus ke Jihyo yang sedang terduduk di lantai itu "No-Noona, noona tak apa-apa?"

Jihyo hanya diam membisu, fikirannya masih tidak lagi stabil.

"Bawa noona pergi Chan", bisik Jihyo lemah mendapat anggukkan dari Chan lantas dia membawa Jihyo pergi membiarkan Jungkook sendirian di lantai.

[C] 𝓙𝓮𝓸𝓷'𝓼 𝓹𝓪𝓲𝓷𝓯𝓾𝓵 𝓽𝓸𝓾𝓬𝓱 | JungkookWhere stories live. Discover now