23 | Bunuh diri

2.4K 408 173
                                    

Satu tapak mendaki lemah anak tangga di tingkat 5

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Satu tapak mendaki lemah anak tangga di tingkat 5.

❝Selamat pagi bidadari Jeon❞, suara serak bangun tidur itu langsung menjadi sapaan Jihyo di pagi hari dengan satu pelukkan hangat dari belakang.

Gadis itu sedang mengidai kain di ampaian belakang segera terbantut aktivitinya. Kerana melayani karenah suami tercinta adalah yang utama dalam prinsip hidup Jihyo sebagai seorang isteri.

❝Hei pagi, macam mana tidur?❞

❝Sucks❞, keluh Jungkook segenap ruangan leher Jihyo dicium hidu.

❝Hm? Kenapa?❞

❝Patung Ironman saya tak ada❞

Jihyo tergelak mungkin hatinya tercuit dengan kecomelan Jungkook ❝Haihh Encik Jeon, awak berapa tahun?❞

❝22 tahun, alah dah saya dari kecil tidur dengan patung Ironman, nak buat macam mana❞

❝Jangan cuba temberang saya Jungkook, movie Ironman start pada tahun 2008, masa tu awak umur 13 tahun tingkatan 1 mana datangnya dari kecil huh?❞

Jungkook mencebik lantaran memperketatkan pelukan ❝Araseo araseo, awak menang❞

Jihyo tersenyum memusingkan tubuh agar dia dapat menatap tenang mata bundar Jungkook ❝Jangan risau. Patung Ironman awak tengah jemur dekat sana tu. Malam ni awak tidur peluk saya je ok?❞

❝Tak nak malam ni je, nak hari-hari boleh?❞

Kaki masih melangkah naik ke tingkat 6.

Leher Jungkook di rangkulnya ❝How can I say no?❞, tawa Jihyo sungguh tampak comel di mata Jungkook.

Senyuman yang mahu dia selalu lihat setiap pagi, setiap hari, setiap masa. Rambut yang terjuntai di sisi pipi Jihyo di selak ke telinga gadis itu.

Itu habit Jungkook pada Jihyo. Setiap masa bila dia ternampak peluang, dia pasti akan menyelak rambut Jihyo ke telinga gadis itu bagi melihat jelas wajah mulus itu.

Itu habit Jungkook.

Pada orang yang dia cintai.

❝Awak tahu saya sayang awak kan?❞, soal Jungkook penuh serius.

❝Saya tahu❞

❝Jadi saya pasti awak tahu saya cintakan awak❞, Jungkook mendekatkan wajah.

Jihyo tersenyum kekok ❝Sa-Saya tahu❞, dia ingin menjauh tetapi hambar bila Jungkook menarik dekat dirinya lagi.

❝Kalau awak tahu-❞, senyuman sinis tetapi menggoda itu sedikit sebanyak mengkhayalkan Jihyo.

Bertapa Jungkook sungguh meminati momen-momen berduaan sebegini.

[C] 𝓙𝓮𝓸𝓷'𝓼 𝓹𝓪𝓲𝓷𝓯𝓾𝓵 𝓽𝓸𝓾𝓬𝓱 | JungkookWhere stories live. Discover now