Bab 2~[Shopping]

6K 398 61
                                    


"Pakai ni dulu untuk sementara." Kazu meletakkan sepasang pakaian yang elok berlipat di sebelah Schwi.

Schwi mengambil baju berwarna putih itu. Lipatannya dibuka.

"Macam besar je?"

"Tu baju lama aku."

Schwi meletak semula baju itu.

"Tak apalah, aku rasa biarlah aku pakai gaun ni dulu."

"Jangan nak buat gila! Cuba kau tengok. Gaun kau tu dah la warna putih! Ada kesan darah pula tu. Kau jangan nak mengada! Cepat tukar baju tu!" Kazu mula berlaku tegas. Tak boleh ikutkan sangat keinginan si gadis, nanti mengada jadinya.

Schwi memandang gaunnya lalu mencebik.

"Aku tunggu dekat luar." Kazu terus keluar tanpa menghiraukan Schwi.

Schwi terpaksa. Pakaian pemberian Kazu dipakainya.

Setelah selesai menukar baju, Schwi berdiri di hadapan sebuah cermin yang besar. Dia menilik baju yang dipadankan pada badannya.

"Besar." Schwi mencebik.

"Dah siap belum?" Kazu bertanya sambil mengetuk kuat permukaan pintu.

"Dah."

"Tak reti sabar betul." Schwi merungut sendiri.

Kazu masuk semula ke dalam bilik. Dia memandang ke arah Schwi yang masam mencuka.

"Tak adalah besar sangat baju tu," kata Kazu dengan selamba.

"Tak besar kau cakap? Baju ni muat dua orang perempuan masuk tau!" jerit Schwi sambil melebarkan baju yang mampu memuatkan seorang lagi perempuan yang bersaiz kecil sepertinya.

Kazu mengangkat bahu. Malas hendak ambil pusing dengan rungutan gadis di hadapannya itu.

Wajah Schwi memerah geram.

"Dah, jom. Aku tak ada masa nak melayan kerenah kau." Laju saja Kazu menapak keluar dari bilik setelah mencapai jubah berkerudungnya.

"Argh! Bencinya aku!" Schwi menjerit. Rambutnya diramas kuat tanda geram. Habis berserabut rambut yang diikat rapi.

"Cassia! Cepatlah!" Kazu yang sudah berdiri di pintu keluar rumah, menjerit nama Schwi.

Schwi tersentak. Dia segera berlari mendapatkan Kazu.

◀▶◀▶

Sepanjang melalui deretan kedai yang menjual pelbagai barangan, Kazu dan Schwi langsung tidak berbicara sesama sendiri. Mereka hanya diam membisu.

"Kazu..." Schwi yang berjalan di belakang Kazu, memanggil nama lelaki itu.

"Hmm..." Kazu tidak menoleh.

"Tadi dekat rumah... Kau panggil aku Caasia, kan?"

"Kenapa? Kau tak suka ke?"

Schwi mengangguk seolah-olah Kazu boleh nampak tingkahnya.

"Aku tak suka nama tu... Kau panggil aku Schwi, boleh kan?"

Kazu mengeluh.

"Yelah... Pasal nama pun nak ambil kira." Dalam pada setuju, Kazu sempat menyelitkan rungutan tanda geram.

Schwi tersenyum sendiri.

"Hmm... Kazu."

Kazu segera menghentikan langkahnya. Dia berpusing menghadap Schwi.

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt