Bab 10~[Angel vs Si Bodoh]

3.8K 338 10
                                    


Schwi's POV

Seminggu berlalu.

Selama seminggu juga, banyak pekara yang aku ni belajar dari lelaki bernama Kazu.

Seminggu juga aku belajar satu sisi lain yang tersembunyi di dalam diri lelaki itu.

Siapa sangka, lelaki yang pada awal pertemuan kami adalah lelaki yang dingin dan menyakitkan hati, kini berubah kepada seorang yang ceria dan murah dengan senyuman.

Tutur teguran lelaki itu juga semakin lembut tatkala berbicara dengan aku.

"Hei, Schwi! Seorang je? Mana Kazu?" Seorang pak cik penjual ikan menjerit dari gerainya. Tangannya melambai, menyapa aku untuk mendekat.

Aku menghampiri lelaki separuh umur itu.

Sejak bekerja dengan Kazu, aku telah mengenali ramai manusia di perkampungan kecil itu. Mereka semuanya peramah dan menyenangkan. Bukanlah seperti yang sering didengariku semasa di kerajaan lama dulu.

"Kazu pergi merawat dekat rumah orang." Aku membalas lalu membelek ikan-ikan yang tersusun elok mengikut jenisnya.

Lelaki itu mengangguk.

"Pilih la ikan mana yang kamu nak. Hari ni pak cik belanja."

Aku mendongak. Aku dapat rasakan sinaran yang terpancar di dalam mata aku. Teruja apabila pak cik itu nak belanja ikan.

"Betul ni?"

Pak cik itu mengangguk.

Terus aku memilih beberapa ekor ikan laut dan ikan sungai yang kelihatan segar di mata aku.

Ikan-ikan yang aku pilih dimasukkan ke dalam sebuah bakul sebelum pak cik itu memasukkannya ke dalam plastik. Lalu plastik berisi ikan itu dihulurkan kepada aku.

"Terima kasih." Aku tersenyum suka. Suka apabila dapat ikan percuma!

Ikan itu dimasukkan ke dalam bakul yang aku bawa. Bakul yang berfungsi untuk mengisi barang-barang yang aku beli.

"Saya minta diri dulu." Aku menunduk sedikit sebelum berlalu pergi. Lambaian diberikan buat pak cik itu.

Dia membalas.

Aku berjalan girang. Ingin pulang ke klinik dengan segera sebelum Kazu pulang.

Di saat aku berjalan, ekor mata aku terpandang akan sekumpulan lelaki berotot meredah masuk ke dalam sebuah kedai.

Gaya mereka amat mencurigakan, tetapi aku langsung tidak sambil pusing. Aku malas nak tahu siapa mereka.

Baru beberapa langkah dibuka, telinga aku menangkap bunyi kaca pecah. Dengan segera aku menoleh.

Seorang wanita tua sedang melutut di hadapan kumpulan lelaki tadi.

Bunyi pecah tadi mungkin datangnya dari tembikar tanah liat yang berderai di hadapan wanita tua itu.

Wanita tua itu kelihatan seperti sedang merayu-rayu.

Aku memandang sekeliling.

Manusia-manusia yang menyaksikannya langsung tidak berhenti untuk membantu wanita itu.

"Lelaki bengap mana pula yang buat kecoh ni?" Aku mulai berang. Bengang dengan kumpulan lelaki tidak beradab itu.

Langkah aku atur ke arah mereka bertiga. Termasuk mak cik tadi, maknanya empat lah kan.

"Mak cik tak ada duit. Tolonglah jangan buat macam ni," rayuan itu menyapa telinga aku saat aku semakin menghampiri mereka.

"Ah! Jangan nak beralasan!" Lelaki itu berang lalu menyepak serpihan tembikar tanah liat yang dihempaskan di atas tanah sebentar tadi.

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now