Bab 19~[Lamaran si Lelaki]

3.6K 301 17
                                    


Wajah Schwi yang comot dengan kesan darah yang mengalir keluar daripada hidung, dilap dengan sehelai kain basah.

Dahi si gadis pula dituam dengan tuala lembap. Demam panas si gadis terlalu tinggi. Sebab itu hidungnya berdarah dan dia jatuh pengsan.

"Lembap. Degil. Keras kepala. Semuanya bagi dekat kau. Selalu buat aku geram." Kazu mula membebel sendiri. Wajah pucat Schwi ditatap dengan penuh perasaan.

Tangan Schwi dicapai dan diusap lembut.

"Disebabkan sikap kau tulah, aku susah nak lupakan kau."

Tangan menyeluk poket seluar. Sebentuk cincin dikeluarkan.

"Aku tahu, ni bukanlah masa yang sesuai untuk hal sebegini. Tapi, aku hanya berani berlaku macam ni dengan keadaan kau macam ni je. Bila kau sedar, aku tak kuat nak luahkannya. Sebab tu aku layan kau dingin je. Aku tak tahu macam mana nak tunjukkan perasaan aku ni pada kau."

Kazu meluahkan kejujurannya meskipun tidak didengari oleh Schwi. Dia sudah tidak peduli. Memang niatnya tak mahu Schwi mendengar luahan hati yang sudah lama dipendam.

Cincin yang bertatahkan permata biru itu disarungkan dengan perlahan pada jari manis kiri si gadis.

"200 tahun lebih aku tunggu seorang gadis yang mampu membuka pintu hati aku. Sakit. Penantian itu sememangnya satu penderitaan. Aku kesunyian sepanjang hidup. Tetapi semuanya berubah tatkala aku terjumpa Lina yang tika tu bersendirian di dalam hutan.

Sejak tu, dialah permata aku. Dialah kesayangan aku. Aku sayangkan dia, tapi aku tak tahu bagaimana nak tunjukkan rasa sayang tu pada dia. Dialah anak kesayangan aku."

Satu persatu diceritakan pada Schwi yang masih lena. Entah si gadis dengar atau pun tidak, dia langsung tak ambil peduli. Asalkan dia dapat meluahkan setiap satu yang dipendam.

"Tahniah pada kau. Kaulah gadis pertama yang berjaya mencuri hati aku. Sebab tu aku ambil keputusan untuk jadikan kau sebagai permaisuri dalam hidup aku."

Tangan Schwi yang sejak tadi digenggam kemas, dibawa ke bibir. Cincin yang tersarung pada jari manis si gadis, dikucup.
Kasihnya sudah tumpah pada gadis dari kacukan puak Angel dan Zodiak yang diberi nama Schwi Cassia.

▶◀▶◀

Schwi terjaga. Dia memandang suasana di luar melalui pintu gelongsor yang terbuka luas.

Matahari terbit dari sebelah Timur sememangnya mendamaikan. Indah dan tenang saja hati tatkala mata memandang.

Lirikan mata beralih pada Kazu. Lelaki itu tidur di sisi katil dengan lenanya.

Tidak semena-mena, wajah Schwi berubah merah.

Ingatannya teringat akan mimpi yang dialaminya malam tadi.

Ia bukanlah satu mimpi yang buruk seperti selalunya, tetapi satu mimpi indah yang membuatkan dirinya tak mahu bangun dari mimpi itu.

Ah! Ia sangat memalukan!

Wajah diraup beberapa kali. Saat itu, baru dia perasan. Sebentuk cincin sudah tersarung elok pada jari manis kirinya.

"Eh?"

Cincin berpermata biru itu menjadi tatapannya.

'Dari mana datangnya ni? Sejak bila muncul?'

"Kau dah bangun rupanya."

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang