Bab 26~[Tetamu Menyemak!]

3.2K 289 9
                                    


Pagi ni, mereka bertiga saja yang bersarapan bersama. Zas entah ke mana menghilang. Sejak malam tadi lagi dia keluar dan masih tak pulang juga.

"Kazu." Lina memanggil.

"Ya."

"Malam tadi Lina terdengar bunyi yang bising sangat."

Kazu berkerut dahi. Dia dan Schwi berbalas pandangan sejenak.

"Bunyi apa tu?"

Lina menggeleng.

"Tak pernah dengar. Bunyi tu kedengaran seperti datang dari hutan belakang rumah."

"Tak apa. Nanti kami tengok apa yang ada dekat belakang sana. Sekarang makan ya. Tak usah difikirkan sangat," pujuk Schwi dengan niat tak mahu Lina terganggu fikirannya.

Lina akur. Dia menjamah sarapannya semula.

"Ah! Perempuan tak guna!"

Suara marah yang datang dari ruang tamu menarik perhatian mereka bertiga.

Mereka saling berbalas pandangan.

"Abaikan dia. Kita habiskan makan dulu."

Mereka mengabaikan Zas yang baru pulang dan menyambung menikmati sarapan.

Sekali lagi tumpuan mereka terganggu dek bunyi kaca pecah.

Kazu terus berdiri. Baran pula rasanya apabila barang di dalam rumahnya pecah mahupun rosak.

"Kazu." Schwi tak sempat menahan Kazu dari pergi.

Lina dan Schwi mengekori langkah Kazu.

"Kau dah kenapa?" Kazu memarahi Zas yang terduduk di atas lantai dan bersandar pada almari yang dipenuhi dengan barangan kaca di dalamnya.

Kepala lelaki itu berdarah dan disekelilingnya terdapat deraian kaca.

"Ambil air dan tuala bersih," arah Schwi pada Lina sebelum dia menapak menghampiri dua lelaki itu.

"Zas." Schwi mencangkung di hadapan Zas. Riak wajah lelaki itu kelihatan marah dan sedih.

Zas tidak menyahut.

Schwi memandang almari.

'Oh! Ada satu pintu almari terbuka. Mungkin dia terlanggar almari dan pasu ni jatuh di atas kepalanya.' Schwi menduga di dalam hatinya.

"Hish! Baran betullah aku! Kenapa almari ni tak hempap je kau terus? Menyusahkan betullah!"

Kazu meraup wajahnya sebelum menyerabutkan rambut. Geram dia dengan tingkah Zas yang selalu menyakitkan hati.

"Kazu." Schwi menegur Kazu.

Lina datang kepada mereka dengan sebekas air dan tuala putih bersih. Tak lupa juga dengan penyapu dan penyodok kecil.

Bekas air dan tuala diberikan pada Schwi sementara dia membersihkan kaca yang mengelilingi Zas.

"Kazu, papah dia ke sofa sana ya," pinta Schwi setelah Lina membersihkan kaca yang ada.

Kazu akur dalam keterpaksaan.

Tindakannya agak kasar terhadap Zas. Menarik dan memaksa lelaki itu untuk berdiri kemudian mencampak lelaki itu di atas sofa tanpa belas kasihan.

Schwi pula yang berasa kesian kerana suaminya memperlakukan kekasaran terhadap Zas. Tapi, apa yang dia boleh buat. Zas juga yang cari pasal.

"Aku nak tengok apa ada dekat belakang sana."

Tanpa menunggu sesi rawatan, Kazu terus berlalu meninggalkan ruang tamu.

Mereka membiarkan saja Kazu berlalu. Tahu sangat yang Kazu sedang menahan amarah.

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now