Extra 1

1.7K 110 2
                                    


"Dah lambat!" Cassia berlari-lari menuruni tangga. Sambil berlari, sambil dia menyarungkan kasutnya.

"Tumpang lalu!" Cassia mencelah di antara dua orang pembantu yang sedang mengangkat bakul pakaian.

"Tuanku Cassia, sarapan ni!"

Cassia kembali berpatah balik.

"Terima kasih." Cassia mengambil sekeping roti yang sudah disapu jem beri.

"Hati-hati ke akademi."

"Baik!" Cassia melambai sambil berlari.

Cassia terus berlari hingga ke laman. Dia berlari melintasi bondanya.

"Hei! Kenapa tergesa-gesa sangat ni?" Bondanya menegur.

Cassia menghampiri bondanya. Pipi wanita itu dikucup.

"Cassia ada ujian pagi ni. Dah lambat, sebab tu terkejar-kejar."

"Oh! Elok-elok ke akademi tu." Cassia mengangguk akur dan terus menyambung lariannya.

"Kenapa tu?" Nolan muncul dan bertanya kepada bondanya.

"Dah lambat nak ke akademi. Ada ujian katanya."

Permaisuri menjeling anak lelakinya itu.

"Kamu tak ada apa-apa ke hari ni? Lengah je."

Nolan menggosok belakang kepalanya.

"Anakanda malas hari ni, bonda. Boleh tak anakanda nak ponteng kelas untuk hari ni je?" Nolan membuat muka meminta simpati.

Permaisuri Helen menarik telinga Nolan.

"Sakit bonda."

"Jangan nak mengada. Ni tahun terakhir kamu dan bonda tak nak keputusan akhir kamu jadi teruk."

Telingan Nolan dilepaskan.

"Sudah! Pergi naik atas dan bersiap."

Nolan mencicit lari masuk ke dalam biliknya dan segera mandi.

Permaisuri Helen hanya mampu menggeleng melayankan telatah anak angkat lelakinya yang seorang itu.

*****

Loceng rehat berbunyi. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas.

Tika semua menuju ke kawasalan lapang dan juga kantin, Cassia pula pergi ke bangunan jam yang terletak di tengah-tengah kawasan akademi. Dia memasuki bangunan itu dan menghampiri sebuah bilik yang berada di bawah tangga.

Tok! Tok!

"Abang Nolan, Cassia ni. Cassia ada bawakkan bekal makan ni." Cassia bersuara.

Pintu terbuka sedikit.

"Ada sesiapa ikut?"

Cassia tertawa kecil lalu menggeleng.

Nolan membuka pintu dan terus menarik Cassia masuk.

Pintu dikunci dari dalam.

Cassia meletakkan bekal makannan milik Nolan di atas sebuah meja kecil yang berada di tengah-tengah ruang biik itu.

"Abang ponteng kelas lagi ke?" Cassia bertanya sambil tangannya lincah membuka bekal yang dibawanya dan dihidangkan.

Noan duduk bersila di hadapan Cassia.

"Mana ada bang ponteng kelas. Abang cuma menyorok je."

Cassia hanya mampu menggeleng.

Nolan merupakan pelajar cemerlang dan sangat aktif. Namun dia mempunyai masalah dari segi kehadiran. Selalu jaga ponteng kelas dan lri kelas tetapi dalam masa yang sama, dia tetap perole keputusan yang sangat membanggakan.

Ini kerana setiap kali dia bersendirian, dia akan membaca dan belajar sendirian. Alasan mengapa dia tidak masuk ke kelas adalah kerana cikgu yang mengajar langsung tidak menyeronokkan dan rakan-rakan kelasnya sangat bising.

"Minggu depan hari graduasi abang dan lepas tu abang akan habis belajar."

"Jadi, apa perancangan abang lepas tu?" Cassia bertanya.

"Tak tahu lagi macam mana."

"Hmmm. Lepas ni saya mesti akan kesunyian dekat akademi."

Nolan tersenyum.

"Dekat rumah boleh jumpa kan."

"Tu lain."

"Cassia, buka mulut." Nolan menyuakan seekor udang goreng kepada Cassia.

Cassia membuka mulut dan Nolan menyuap masuk udang itu.

"Sedap." Cassia tersenyum senang.

Nolan dan Cassia sangatlaah akrab. Meskipun mereka hanyalah adik-beradik angkat dalam keluarga diraja, namun hubugan mereka sudah seperti adik-beradik yang lain.

Nolan mungkin lebih tua daripada Cassia, namun itu tidak menjadi penghalang baginya untuk bermesra dengan Cassia.

Cassia juga turut berasa senang apabila dapat bersama dengan Nolan. Mereka berdua selalu bersama meskipun mereka ada tiga lagi adik yang lain. Ada kalanya, tiga lagi adik mereka akan menyampuk dan berasa cemburu apabila melihat mereka berdua.

Ada saja cara mereka untuk memisahkan Nolan dan Cassia dari berduaan. Kerana jika tidak, mereka berdua akan berada di dalam dunia mereka dan mengabaikan adik-adik yang lain.

Namun, meskipun hubungan mereka dirasakan seperti adik-beradik, ia tidak dapat menyangkal bahwa mereka hanya adik-beradik angkat. Mereka mempunyai hak untuk menaruh perasaan sesama sendiri dan itulah yang dirasakan oleh Nolan selama dia bersama dengan Cassia.

Nolan merahsiakan perasaannya dari pegetahuan Cassia kerana dia tidak mahu hubungan mereka menjadi keruh. Dia tidak mahu Cassia menjauhkan diri hanya disebabkan luahan hatinya. Baginya, biarlah masa saja yang menentukan segalanya.

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now