Bab 15~[Kerajaan Nova]

3.6K 306 21
                                    


No one's POV

Tiga hari berlalu. Ternyata perjalanan ke kerajaan menjadi lebih singkat berbanding perjalaan ke kampung tempat Kazu berkhidmat.

Kazu menjeling pada Schwi yang terlentok-lentok dek mengantuk.

Pandangan matanya beralih pada rambut gadis itu. Warna hitam rambut si gadis semakin pudar. Warna kelabu lebih banyak dan terdapat juga helaian berwarna putih.

Hati lelai itu disapa kehairanan.

Tiba-tiba derap langkah kuda terhenti.

Kazu terus mengalihkan pandangannya ke hadapan.

"Kita dah sampai," kata Keir lalu tersenyum.

Mereka kini berada di hadapan sebuah gerbang utama untuk memasuki Bandar Besar Kerajaan Nova.

"Wah! Besarnya." Schwi berkata penuh kagum. Mata gadis itu bersinar-sinar tatkala melihat gerbang yang tinggi di depan mata.

Gerbang itu tiba-tiba terbuka dengan perlahan. Bunyi gemercing lagaan rantai mengilukan pendengaran.

Setelah gerbang terbuka luas, barulah mereka menapak masuk ke kota utama itu.

Sekali lagi Schwi disapa dengan rasa kagum.

Susunan bandar yang teratur, tingkah manusia yang kelihatan sopan dan baik, semuanya memukau hati si gadis.

Semua yang dilihatnya membuatkan Schwi terlalu teruja. Terlalu suka untuk menjelajah kota utama yang besar itu.

Kanak-kanak yang berlari di kaki lima kedai melambai mesra ke arah mereka tatkala mereka melintasi kumpulan kanak-kanak itu.

Schwi membalas lambaian mereka dengan mesra.

Geram dia melihat anak-anak manusia yang comel-comel, saling berkejaran.

"Kazu! Nanti kita jalan-jalan keliling kota ni boleh?" Suara Schwi agak kuat apabila bertanya pada Kazu yang ada di sebelah.

"Saya akan bawa awak nanti." Keir memintas Kazu.

Kazu mendengus perlahan. Geram apabila lelaki itu memintas kata-katanya sebelum sempat dia bersuara.

"Terima kasih Keir!" Schwi tersenyum suka. Terlalu suka!

Kazu memandang Schwi sekilas.

Dari tepi, dia dapat melihat sinar kegembiraan yang terpancar di mata dan wajah gadis itu. Senyuman tidak lekang dari terus terukir di bibir kecilnya.

Kazu tersenyum kecil. Dia tak mahu sesiapa pun terlihat senyumannya itu.

Beberapa minit menunggang, mereka berhenti di hadapan sebuah lagi pintu gerbang yang menempatkan istana diraja.

Dari jauh, sudah terlihat binaan istana yang tinggi mencakar langit.

Binaan mencakar langit itu terdapat empat buah. Ia seolah-olah mengelilingi istana dan dihujung setiap satu dari bangunan itu, terdapat sebuah permata yang berkilau tatkala terkena pancaran matahari.

Gerbang dibuka dari dalam.

Mata mula disapa dengan pemandangan indah yang menghiasi laman istana.

Sepanjang laluan hendak ke pintu utama istana dihiasi oleh rimbunan bunga-bungaan yang pelbagai warna, di kiri dan kanan laluan.

Di sebelah kanan juga terdapat sebuah kolam yang dipenuhi dengan bunga teratai berwarna putih.

Beberapa orang pekebun kelihatan sedang menggubah pokok-pokok berdaun yang menghiasi laman tersebut.

"Tenangnya." Schwi berkata perlahan. Matanya terpejam rapat menghayati suasana indah itu.

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now