Epilog

4.2K 333 16
                                    


20 tahun kemudian

"Aeryn! Jangan berlari!" Lina mengejar seorang kanak-kanak perempuan.

Kanak-kanak bernama Aeryn itu ketawa riang apabila dikejar.

Seronok mungkin kerana dikejar.

Tiba-tiba langkah Lina terhenti.

"Eliza!"

Lina mengubah arahnya.

Dia menurunkan Eliza dari almari mainan. Pandai pula kanak-kanak perempuan itu memanjat almari itu.

"Aeryn! Hati-hati!"

Aeryn yang berlari tidak memandang depan, hampir saja terlanggar pintu utama dan nasib baik seseorang sempat membuka pintu itu.

Aeryn terlanggar seseorang yang berdiri di muka pintu itu. Kanak-kanak itu jatuh terduduk.

Dahi yang pedih diusap.

"Ada masalah dengan budak-budak ke kak?" Lelaki itu bertanya mengejek.

Aeryn didukungnya.

"Diamlah kau!"

Lina memalingkan wajahnya. Geram dia melihat muka si adik yang jelas mengejek dirinya.

Lelaki itu ketawa.

Dia menapak masuk ke dalam bilik penjagaan kanak-kanak itu.

Pintu ditutup rapat dan Aeryn diturunkan semula.

Kanak-kanak itu berlari semula.

"Anak kau memang tak reti duduk diam ke? Lari je kerjanya."

Lina memandang Aeryn.

"Dia macam ayahnya la."

Lelaki itu tertawa.

"Bukan macam kau ke? Yelah, dulu kau kan suka lari-lari dari abang Zes. Sekarang, anak kau pula."

"Kyril!!!"

Sebuah kereta mainan dibaling ke arah lelaki tadi.

Kyril yang leka dengan tawanya, terus mengaduh kesakitan.

Sakit kerana kereta itu merempuh dahinya.

"Apa kau ni?"

"Dah! Jangan banyak bunyi. Jagakan budak-budak ni sementara akak nak masak."

Kyril mencebik. Itu sajalah tugasnya tiap kali datang ke pusat penjagaan kanak-kanak itu.

Jagakan kanak-kanak dalam itu sementara Lina menyediakan makan tengah hari.

"Jangan nak melawan."

"Yelah."

Kyril bersila di atas lantai.

Kanak-kanak seramai 10 orang yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, terus menerpa ke arah Kyril.

Mereka mengelilingi Kyril lalu menjadikan lelaki itu sebagai tunggangan mereka.

Lina ketawa saja lalu dia berlalu masuk ke dapur.

Sejam dia berperang di dapur, tetapi satu suara pun tidak kedengaran dari ruang depan.

"Tidur ke budak-budak ni?"

Dengan apron yang masih tergantung pada leher, Lina mengintai dari balik dinding yang memisahkan ruang dapur dan ruang main kanak-kanak.

Dia tersenyum sendiri.

Apron dibuka dan digantung.

Lina melangkah pagar kecil yang memisahkan dua ruang itu.

Dia menghampiri Kyril lalu bersila di atas kepala Kyril. Dia menatap wajah si adik yang lena dengan dikelilingi kanak-kanak di situ.

"Kazu, kak Schwi, Kyril dah dewasa sekarang. Dia kacak macam Kazu dan penyayang macam akak."

Kepala Kyril diusap. Hatinya disapa kesedihan secara tiba-tiba.

Meskipun sudah 20 tahun berlalu, perkara lama itu tetap tak mampu dilupakannya.

Air mata mengalir perlahan di pipi.

"Kenapa menangis?"

Air mata Lina diusap oleh Kyril.

Mata si wanita menatap mata Kyril.

Mata lelaki itu mewakili mata si ibu dan papanya.

Sebelah kanan berwarna hijau emerald, manakala sebelah kiri pula berwarna hazel.

Sama warna seperti mata Kazu dan Schwi.

"Akak?"

Lina mengesat air matanya sendiri.

"Aku baru habis potong bawanglah."

Kyril ketawa kecil sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipitnya di pipi kiri dan kanan.

"Macam budak-budaklah kau ni."

Lina tersenyum saja.

"Jom makan. Akak dah siap masak."

Kyril mengangguk saja.

Dia duduk sambil mengeliat sedikit.

"Budak-budak ni?"

Lina menggeleng.

"Biarlah mereka tidur. Kita makan dulu, ya."

Kyril mengangguk.

Dia berdiri dan menghampiri Lina.

"Kau masak apa?" Tangan direhatkan di atas kepala Lina.

Lina mencebik.

"Masuklah dapur tu kalau nak tahu."

Kyril tersenyum saja.

Mereka melangkah bersama, memasuki ruang dapur.

"Kazu, Schwi, meskipun Kyril dibesarkan tanpa kalian berdua, di dalam dirinya tetap terselit sikap kalian."

Lina mendongak. Dia memandang wajah Kyril yang ceria.

"Aku tak pernah mungkir janji. Malah, dia membesar dengan baik. Aku harap kalian tenanglah walau di manapun kalian berada kini."

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now