Bab 21~[Perancangan]

3.5K 293 11
                                    


Petang itu, segala persiapan untuk pulang sudah diletakkan pada sisi kuda masing-masing.

Kazu sibuk membetulkan pelana kuda Schwi, sementara si gadis pula hanya memerhati. Lagipun, Kazu sendiri yang tidak mengizinkan dirinya berbuat apa-apa. Katanya, berehat saja.

Schwi mengeluh kebosanan.

"Kau dah kenapa?"

"Bosan." Luah Schwi dengan riak wajah yang jelas kebosanan.

Kazu langsung tidak membalas. Malas hendak melayan.

"Kazu..."

"Yo." Zas datang menyapa. Lelaki itu turut menarik seekor kuda bersamanya.

"Kau nak ke mana ni?"

"Aku akan ikut korang balik dan hadiri majlis perkahwinan tu sebagai wakil raja."

"Kau wakil raja?" Schwi bertanya seolah-olah tidak percaya.

Zas mengangguk saja.

"Hmm..." Itu saja yang dibalas oleh Kazu dan Schwi. Malas nak ambil tahu dengan lebih lanjut lagi.

"Eh, jomlah. Mereka semua dah tunggu kita dekat depan sana." Zas mengajak. Dia tak mahu keluarga diraja itu menunggu mereka dengan lebih lama lagi.

"Macam menghalau je," kata Schwi perlahan. Tak mahu dua lelaki itu terdengar kata-katanya.

"Schwi sini." Kazu melambai tangan, menggamit Schwi agak menghampiri.

Schwi berdiri dan mendekati Kazu.

"Naik."

"Ha?"

"Naik atas kuda ni."

"Tapi..."

"Jangan nak bantah boleh tak?" Riak wajah Kazu berubah marah dan serius.

"Okey. Tak payah la nak marah-marah." Schwi mencebik. Dia naik di belakang kuda kelabu itu dengan bantuan Kazu.

"Okey semua dah siap. Jomlah."

Zas mengangguk.

Zas dan Kazu menarik kuda masing-masing keluar dari bangsal dan berkumpul di laman depan istana untuk bertemu dengan keluarga diraja.

"Semoga perjalanan pulang kamu dimudahkan," ucap si permaisuri pada mereka bertiga.
"Terima kasih, tuanku."

Raja Czer menghampiri Kazu.

"Terima kasih sekali lagi kerana dah merawat puteri beta. Tanpa kamu, beta rasa anakanda beta tak akan mampu berjalan seperti sekarang ni," ucapan terima kasih diiringi dengan tepukan mesra di bahu Kazu.

"Itu dah menjadi tugas saya, tuanku." Dalam pada itu, Kazu sempat menjeling sekilas pada Schwi.

"Sebagai tanda perhargaan dan hadiah perkahwinan kamu berdua, beta dengan sukacitanya mahu memberikan kamu ini." Sebuah kotak sebesar buku tulis dihulurkan pada Kazu.

Kazu menerimanya dengan senang hati.

"Terima kasih tuanku."

Raja Czer mengangguk.

"Pakaikannya pada pengantin kamu nanti. Mesti sesuai dengan dia nanti."

Kazu tersenyum saja.

"Zas."

Si raja memanggil.

"Ya tuanku."

"Jagakan mereka sepanjang perjalanan dan seperti yang dibicarakan sebelum ni, kamu sebagai wakil beta."

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now