Bab 36~[Kehilangan dan Kemaafan]

3.4K 270 3
                                    


Mata Schwi membulat luas.

Angin lintang yang membalikkan serangan Lysda tadi, datangnya daripada seekor harimau belaannya.

"Schwi." Kazu mendapatkan Schwi.

"Maafkan aku," kata Schwi sambil menahan lelah dan pedih.

"Sudah. Tak ada masa nak buat sesi maaf-maafan sekarang ni. Jom kita pergi dari sini."

Kazu membantu Schwi bangun.

"Terima kasih, Leon." Kepala harimau tadi diusap.

Leon berdengkur manja sebelum dia berubah reaksi. Mungkin  marah kerana Lysda cuba mengapa-apakan tuannya.

Dua ekor harimau lagi mara. Berdiri di hadapan Schwi dan Kazu.

Lysda mengetap gigi.

"Jangan ganggu aku!"

Tanah tempat mereka berpijak bergegar hebat.

Leon mengaum, lalu menghasilkan puting beliung yang muncul dari awan.

"Lily. Tolong abang awak," arah Schwi pada harimau betina.

Lily seakan faham.

Tiba-tiba saja petir hitam terhasil di dalam puting beliung tadi.

Lysda yang berada di udara, mula tidak stabil. 

Dirinya dikepung oleh beberapa puting beliung. Tubuhnya juga ditarik oleh daya tarikan yang dihasilkan oleh puting beliung itu.

Lysda mula berasa tidak selesa.

Petir juga seolah-olah cuba menyambarnya.

"AARGGH!"

Setu demi satu petir menyambar tubuhnya.

"Lien."

Schwi memanggil seekor lagi harimau yang sejak tadi menghasilkan pelindung di sekeliling mereka.

"Habiskan dia."

Lien mengaum.

Api marak yang tiba-tiba muncul, menyambar tubuh Lysda.

Lysda meraung-raung kesakitan. Diseksa dengan tarikan puting beliung. Disambar puluhan kilat dan dimakan api marak.

"Aku... Tak akan... Kalah!"

Tiba-tiba tiga anak panah menembusi ketiga-tiga ekor harimau itu.

Schwi terkedu.

Air matanya berlinangan saat melihat tubuh tiga ekor itu menggelitik kesakitan.

"Leon... Lily... Lien..." Menangis gadis itu.

Lysda bebas dari seksaan itu.

Wajahnya terbakar dek panahan petir dan bakaran api.

"Maaf saya lambat, tuanku." Seorang Angel bertopeng,  muncul di sebelah Lysda.

"Kau memang nak tengok aku terseksa dulu ke?" Lysda kelihatan marah akan kelewatan pemanah itu.

Si Angel menunduk.

"Maafkan saya tuanku."

Lysda berdecit.

"Habiskan mereka."

Angel itu akur.

Tali busur ditarik dan anak panah dilepaskan pantas.

Serangannya yang bertubi-tubi dihalakan pada Schwi dan Kazu.

Lysda hanya memerhati saja. Wajahnya sudah ditutupi dengan sebuah topeng hitam.

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now