Bab 37~[Penamatnya]

4.2K 299 49
                                    


Lysda mengetap gigi. Dia marah kerana ada saja yang cuba menghalang kerjanya.

"Serang lagi! Pastikan mereka semua mati!" laungnya dengan amarah yang membara.

"Kak Schwi!"

Schwi membuka kelopak matanya semula.

"Akak..."

Schwi tersenyum.

"Lina."

Tangannya menyentuh wajah Lina.

"Macam mana kau boleh sampai sini? Kenapa bawa Kyril sekali?" Kazu kelihatan marah.

Lina memandang Kazu.

"Tak tahu. Tiba-tiba saja Lina muncul di sini."

"Kyril?" Schwi memanggil nama anak kecilnya.

Lina memandang Schwi semula.
"Kyril ada dekat sini kak."

Lina menunjukkan Kyril yang berada di dalam kendonganya pada Schwi.

Schwi mengusap wajah Kyril yang lena.

"Kekuatan ibu." Air mata mengalir.

Diera memandang wajah Kyril.

Secebis senyuman terlakar di bibir.

"Rantai kau... Adalah pelindung kami..." Schwi berkata walaupun matanya memandang tepat pada Kyril.

"Ha?"

Schwi memandang wajah Lina.

"Rantai yang kau pakai tu... Yang membawa kau ke sini."

Lina menyentuh rantainya.

"Kazu..."

Kazu mendekatkan wajahnya dengan Shwi.

"Gunakannya."

Tangan menutup mata Kazu.

Kazu yang faham akan maksud Shwi, terus terkedu.

Tangan Schwi digenggam.

"Aku tak akan gunakanya. Ia amat berbahaya dan kesannya... Aku akan tanggung..." Nada suara Kazu berubah perlahan.

"Demi Kyril, Kazu. Kita perlu lindungi... Satu-satunya anak kita..."

Kazu diam.

Dia sepertinya sedang memikirkan kata-kata Schwi tadi.

Kazu memandang wajah lena Kyril.

Hatinya disapa rasa sayu.

Ya, dia mahu Kyril meneruskan hidupnya. Dia tak mahu Kyril hidup di bawah naungan Lysda yang kejam itu. Dia tak akan izinkannya.

Meskipun perbuatannya nanti akan mendatangkan risiko pada dirinya, tetapi dia tidak peduli akan semua itu lagi. Semuanya demi Kyril.

"Baiklah."

Schwi tersenyum.

"Aku bersama kau."

Diera dan Lina tidak memahami maksud perbualan mereka berdua.

"Lina..."

"Jagakan Kyril," kata mereka  berdua serentak.

"Ha?"

Pelindung tiba-tiba berubah kecil da ia hanya melindungi Lina dan Diera saja.

"Kazu! Akak! Apa maksud semua  ni?" Lina menghentak-hentak permukaan pelindung itu.

"Maafkan kami."

"Schwi!" Air mata tidak habis mengalir dari tubir mata Diera.

"Jaga diri." 

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now