Bab 12~[Frust and Love]

4K 337 26
                                    


Aku menggosok mata yang terasa pedih. Langkah malas aku atur ke dapur.

"Ikut lah aku. Aku perlukan peneman."

Suara Kazu di dapur membuatkan langkah aku terhenti.

Aku mengintai dari balik dinding.

"Habis tu, kau nak aku tinggalkan je Lina macam tu? Kesianlah dekat dia." Schwi membalas.

"Ala... Dia dah biasa keseorangan. Lagipun kita bukannya pergi lama mana pun. Seminggu je." Kazu merayu lagi pada Schwi.

'Mereka berdua ni ada apa-apa hubungan ke?' Hati aku berbisik ingin tahu.

Aku terus menjadi pendengar saja. Nak tahu juga apa punca yang menyebabkan mereka bertingkah awal-awal pagi sebegini.

"Ikut eh? Aku risau nanti ramai dayang istana jatuh cinta dekat aku."

"Hahaha." Schwi tertawa kuat.

Mendengar Schwi ketawa, aku turut ingin ketawa sama.

Mulut segera ditekup. Aku tak mahu mendedahkan keberadaan diri ini.

"Wei! Sejak bila kau pandai fikir benda-benda macam tu?" Schwi menyeka air mata.

"Sejak aku dapat tahu yang kau dah jatuh cinta pada aku."

Aku terkejut mendengarnya. Mata memandang perubahan reaksi pada wajah Schwi.

Gadis itu berkerut dahi.

"Apa kau merepek ni?"

Wajah Schwi sudah merah padam.

Aku pula yang beria ingin tahu kebenaran. Apakah perasaan Schwi terhadap Kazu dan apakah hubungan mereka berdua?

Argh! Boleh gila aku! Aku perlu hentikan perbualan ini. Aku tak sanggup mendengar kebenarannya.

Aku berdiri tegak. Belum pun sempat aku mengatur langkah, seseorang melintasi aku.

"Selamat pagi." Han meredah ke ruangan dapur tanpa mengendahkan Schwi dan Kazu.

Dua orang itu terus terdiam. Masing-masing berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Aku pun dengan selambanya melangkah ke ruang dapur. Duduk di sebelah Han yang sedang meneguk segelas susu.

"Macam mana malam tadi? Lena tidur?" Schwi bertanya sambil menyediakan sarapan pagi.

Aku memandang belakang badannya.

"Selesa! Malam tadi agak sejuk, tapi lena betul aku tidur. Tilam tu empuk gila." Han menjawab. Kedengaran agak kurang beradab ayatnya itu.

Aku pula yang sakit hati mendengarnya.

"Baguslah."

Aku melihat segaris senyuman di wajah gadis itu. Entah mengapa, senyuman gadis itu selalu saja aku dambakan sejak pertemuan kami semalam. Kalau boleh, aku ingin melihat senyuman itu setiap hari.

Eh?! Gila!

"Kau tenung apa ni?" Peha aku ditepuk dari sebelah.

Wajah aku palingkan. Memandang wajah Han dengan rasa tidak puas hati.

Rasa nak cekik je lelaki di sebelah aku ni. Geram!

"Tak payah sibuklah." Aku mendengus sebelum berpaling semula.

Mata membulat.

Schwi duduk berhadapan dengan aku. Gadis itu tersenyum saat mata kami bertemu.

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now