Bab 30~[Rindu Yang Dipendam]

3.3K 288 14
                                    


Schwi melangkah keluar dari bilik mandi dengan lengkap berjubah mandi. Rambut yang basah dilap dengan lembut.

"Tak ada kerja ke mandi tengah pagi buta ni?" Soalan daripada Kazu membuatkan Schwi mencebik geram.

Dalam pada sakit, sempat lagi lelaki itu mengusiknya.

Mata mengerling ke arah jam. Jam menunjukkan baru jam 2 pagi.

"Kenapa tak tidur lagi?"

"Macam mana aku nak tidur, teman sebelah tak ada."

Schwi menjeling. Geram!

"Jangan jeling-jeling. Meh duduk sini." Kazu menepuk ruang kosong yang merupakan tempat pembaringan Schwi.

Schwi akur saja.

Dia menapak menghampiri katil lalu duduk di sebelah Kazu.

Kazu menarik Schwi agar dekat padanya. Kepala Schwi dilentokkan di atas bahunya sendiri.

Schwi ikutkan saja rentak Kazu.

"Aku ada benda nak tanya ni. Jawab dengan jujur boleh?" Rambut Schwi dibelai lembut bagi memberikan ketenangan di dalam diri si isteri.

"Hmm? Macam penting je."

Kazu mengangguk.

"Penting sangat. Sebab tu aku nak kau jawab dengan jujur."

"Ooookey. Tanyalah."

Kazu mengambil nafas dalam lalu melepaskannya dengan  perlahan.

"Apa hubungan kau dengan Diera? Kenapa kau sanggup korbankan diri semata-mata nak dia sembuh?" tanya Kazu dengan nada suara yang penuh tanda tanya.

Schwi agak tersentak mendengarkan soalan itu. Dia tidak menyangka yang Kazu masih mahu mengungkit hal yang sudah lama berlalu itu.

"Schwi, kenapa diam?" Bahu Schwi dirangkul.

Schwi memejamkan matanya kejap. Nafas diambil dalam.

"Dia adik aku. Adik yang dah lama aku rindui."

Kazu tersentak mendengarnya. Dia menunduk memandang riak wajah Schwi yang mendung.

"Apa maksud kau?"

Schwi kembali mencelikkan matanya. Pandangan matanya memandang tepat ke arah pintu bilik yang tertutup rapat.

"Dia seperti adik-adik aku yang berada di Aquilla. Kami berkenalan semasa kali pertama ayahanda dan bonda bawa aku ke kerajaan ni."

***

"Dah lama kita tak berjumpa. Kau apa khabar?" Raja Czer dan Raja Rylan saling berjabat tangan dan bertanya khabar.

"Aku sihat je. Maklumlah, sejak ada anak-anak dekat istana, susah sikit nak bergerak sana sini."

Raja Czer mengangguk faham.

"Berapa orang dah anak kau?" tanya Raja Czer sambil melirik pandang pada seorang kanak-kanak perempuan yang berdiri di sebelah sahabat baiknya itu.

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now