Bab 17~[Kerisauan dan Amaran]

3.6K 316 6
                                    


ZING...

Telinga dibingitkan dengan satu desingan yang panjang dan menyakitkan telinga.

Kelopak matanya dibuka perlahan.

Pandangannya yang berbalam-balam menyukarkan pandangan.

Desingan semakin lama semakin perlahan dan akhirnya diam. Langsung tiada lagi bunyi yang menyapa gegendang telinga.

'Ah! Sakitnya kepala ni.'

Dia perlahan-lahan bangun dari pembaringan. Tubuh disandarkan pada permukaan pintu. Mata dipejam kejap. Nafas diambil dalam, sebelum dihembus dengan perlahan.

'Aku tertidur depan pintu rupanya.' Senyuman tanpa perasaan telakar di bibir pucatnya.

Tangan ditekan pada dinding. Dengan tenaga yang ada, perlahan-lahan dia berdiri. Sedaya upaya dia menguatkan kaki yang tak mampu menampung berat badannya sendiri.

Setelah berjaya berdiri, langkah kecil dibuka. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah katil.

Dalam pada dia berjalan, terdengar suara riuh di luar sana.

"Tuan puteri dah sembuh!" kata satu suara pada yang lain.

Dia melakarkan senyuman gembira. Langkah diatur lagi.

Tiba saja di katil, badan terus direbahkan. Tangan mendepa luas dengan mata yang tepat memandang siling.

'Aku nak... Rehat...' Matanya terpejam semula.

Dia kembali lena, memandangkan tubuhnya sudah kehilangan sumber tenaga.

*****

Kazu berdiri di sudut bilik. Dia hanya memerhati kegembiraan keluarga diraja yang gembira melihat puteri tunggal mereka sihat dan mampu berjalan lagi.

'Mana Schwi ni?' Kazu tertanya sendiri. Kadang-kala matanya melirik ke arah pintu bilik yang terbuka luas. Dia mengharapkan yang Schwi akan muncul dan berdiri di sebelahnya.

Keluhan meniti bibir.

Mata memandang pasangan diraja yang menghampirinya.

"Terima kasih, Kazu," ucap si permaisuri sambil mengesat air mata kegembiraan yang masih tersisa di tubir matanya.

Kazu sekadar tersenyum.

"Memandangkan kamu dah pulihkan anakanda beta, beta dengan sukacitanya akan tunaikan apa saja permintaan kamu." Si raja menawarkan tawaran yang sememangnya akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang mampu menyembuhkan puterinya.

Pada mulanya, Kazu hanya diam. Langsung tiada niat hendak mengharapkan pembalasan dari keluarga itu. Tetapi ingatannya teringat akan Schwi dan terus dia mengambil keputusan untuk meminta satu perkara.

"Patik mahu bersiar-siar di kota ni." Minta Kazu.

Si raja dan permaisuri berasa hairan mendengarkan permintaan itu.

"Itu saja? Kamu hanya mahu bersiar-siar keliling kota?" Si raja bertanya untuk kepastian.

Kazu mengangguk penuh yakin. Ya, dia tak akan mengubah fikirannya. Semua ini demi Schwi, bukan dirinya.

Raja itu menghela nafas.

"Baiklah. Beta akan arahkan seseorang untuk membawa kamu bersiar-siar di sana nanti."

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now