Bab 24~[Masa Lalu Yang Ditinggalkan]

3.5K 309 12
                                    


"Kesian Schwi. Awak janganlah buat dia risau sampai macam tu sekali. Tengoklah, sampai tertidur dia sebab menangis risaukan awak." Emilia membebel pada Kazu yang sedang membersihkan lukanya sendiri.

"Aku lagi risaukan keadaan dia berbanding diri aku sendiri."

"Itu jugalah apa yang dia rasa. Dia pun rasakan perasaan tu."

Kazu menggeleng. Dia tidak membalas, malah tekun membersihkan darah kering pada lengannya sendiri.

"Kazu, saya harap awak dapat hargai dan jaga dia dengan baik."

"Jangan risau, aku tahu tugas aku. Bilamana kami disatukan, aku mulai akur dengan tanggungjawab aku yang semakin bertambah. Aku sendiri yang ajak dia kahwin, makanya, aku perlu menjaga dia dengan penuh kasih."

Emilia tersenyum mendengar kata-kata Kazu.

"Awak dah berubah. Lebih romantik saya tengok." Emilia tertawa kecil.

Kazu senyum saja.

"Jadi, siapa Schwi yang sebenarnya?"

Kazu tersentak. Tingkahnya terhenti, lalu dia mendongak memandang wajah Emilia.

"Macam mana...?"

"Ketua kumpulan tu yang cakap tentang kewujudan lambang zodiak di belakang leher Schwi. Schwi ni puak Zodiak ke?"

Kazu menghela nafas berat. Dia memandang Schwi yang terlena di pangkuannya. Kepala si isteri diusap.

"Ya, dia bukannya manusia biasa. Dia kacukan antara dua puak. Puak Zodiak dan puak Angel."

"Wah! Hubungan terlarang."

"Emilia." Kazu memandang tajam pada Emilia. Dia tak gemar mendengar kata-kata gadis itu tadi.

"Maaf. Tapi itulah hakikatnya, bukan. Puak Zodiak dan puak Angel dah lama membenci antara satu sama lain. Schwi pula lahir dari hubungan yang dilarang. Saya tertanya-tanya, bagaimana kehidupannya selama ini? Di mana ibu bapanya?"

Kazu menggeleng tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu. Dia sendiri pun tak pernah bertanya pada Schwi perihal hal peribadi gadis itu.

"Aku tak pasti semua tu. Tapi apa yang aku pasti, biarlah mereka membenci antara satu sama lain sekali pun. Aku tetap mencintai Schwi walaupun puak kami saling bermusuhan."

Emilia masih lagi tersenyum. Hatinya dijentik rasa lucu, tetapi ditahan dirinya daripada meletuskan tawa.

"Aku suka dengan semangat tu. Semoga kau berjaya pertahankan hubungan kalian."

Kazu memandang Emilia.

"Terima kasih untuk kata-kata tu."

Mereka diam sejenak sebelum Kazu bersuara.

"Kau bila nak balik sana?"

Senyuman di bibir memudar, tetapi masih tetap terlakar nipis.

"Belum masanya, Kazu. Kejadian dulu masih lagi berbekas di dalam hati ni. Lagipun, aku masih belum bersedia nak berdepan dengan pak cik aku tu. Aku risau kalau aku tak mampu nak kawal diri ni." Emilia meluahkan perasaan risau yang selama ini terbuku di dalam hati.

"Tak apa. Kau ambillah masa untuk kumpulkan semangat kau tu dulu. Aku bukanlah nak menghasut, tapi kau perlu lakukan sesuatu untuk dapatkan hak kau semula."

Emilia mengangguk saja.

"Tengoklah macam mana. Aku tak boleh nak janji."

"Kau kawan aku, aku pun nak yang terbaik buat diri kau."

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now