Bab 3~[Kejutan]

5K 367 19
                                    


Kazu menghadap cermin kecil yang tergantung di dalam bilik air. Pantulan wajahnya yang terhasil pada permukaan cermin, dipandang lama.

Ingatannya teringat akan satu simbol yang ada di belakang leher Schwi. Memang susah untuk tahu kehadiran simbol itu jika gadid itu asyik melepaskan rambutnya.

"Haih..." Keluhan meniti di bibir lelaki itu.

Dia sepertinya sedang memikirkan sesuatu yang sangat membebankan kepalanya.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini? Ni bukan tempat kau." Kazu berkata sendiri.

"Kazu! Kazu! Mana kau?!" Jeritan Schwi yang menggegarkan rumah membuatkan Kazu geram.

"Dia jerit sekali lagi, mesti runtuh rumah aku ni."

Kazu segera memakai baju. Dia perlu segera keluar jika tidak mahu Schwi menjerit lagi.

"Ka..." Mulut Schwi ditekup.

"Bisinglah." Kazu melepaskan tangannya dari terus menutup mulut Schwi.

"Tak lah, aku ingatkan kau dah pergi tinggalkan aku. Sebab tu aku menjerit panggil kau."

"Aku sendiri yang nak bawa kau ke sana. Kenapa aku perlu tinggalkan kau?"

Schwi diam tidak menjawab.

"Dah siap kan? Jomlah. Aku malas nak buang masa bercakap dengan kau." Kazu melangkah terlebih dahulu.

Schwi mencebik.

"Macamlah aku suka sangat bercakap dengan dia." Sambil berpeluk tubuh, Schwi mengekori langkah Kazu.

"Kau nak bawa aku ke mana ni?" Schwi bertanya saat Kazu sedang memakai but di depan pintu.

"Kau ni banyak soal betullah. Ikut je diam-diam tak boleh ke?" Kazu memarahi si gadis.

"Aku tanya pun salah ke?"

"Diamlah kau."

Kata-kata Kazu yang mendatar dan tidak bernada itu sememangnya membuatkan dia terbakar.

"Kau..."

"Aku memang dah diam. Kau tu je yang banyak cakap, banyak soal, dan kuat melawan cakap orang." Kazu memotong kata-kata Schwi dengan pantas.

Memerah wajah Schwi dek kata-kata Kazu.

"Aku dah banyak bazirkan air liur bercakap dengan kau." Kazu berdiri. Hujung butnya dihentak beberapa kali pada permukaan lantai.

"Jom."

Sebuah portal terbuka. Kazu melangkah masuk terlebih dahulu.

Schwi pula masih terkaku ditempat dia berdiri kini. Tidak mahu menjejak masuk ke dalam portal itu.

"Kau dah kenapa?" Kazu keluar semula dari dalam portal itu.

"Aku trauma." Jujur Schwi. Wajah yang tadinya merah kerana marah akan Kazu, kini berubah pucat seperti tidak berdarah.

Kazu memandang portalnya.

"Banyak hal betullah kau ni." Kazu merungut.

Dia menghulurkan tangannya.

Schwi memandang kosong huluran Kazu.

"Pegang tangan aku. Aku tak tahu apa yang membuatkan kau trauma, tapi aku nak kau percayakan aku. Aku tak akan buat kau macam tu."

Walaupun Kazu berkata sebegitu tanpa reaksi di wajah, Schwi tetap tersentuh. Debaran di dadanya semakin kuat.

Dengan rasa yakin terhadap Kazu, Schwi menyambut huluran tangan Kazu.

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now