Extra 2

1.3K 104 6
                                    

10 tahun kemudian

Masa berlalu dengan sangat pantas.

Nolan kini bekerja di bawah arahan ayahandanya. Dia belajar semuanya tentang kerajaan kerana tidak lama lagi, dia yang akan mengambil alih tempat ayahandanya.

Tetapi, disebabkan terlalu penat, Nolan tertidur di atas sofa di dalam biliknya malam itu. Apabila terjaga, barulah dia perasan bahawa dia sudah terlajak tidur sehingga ke tengah hari.

"Abang dah bangun." Cassia memasuki bilik sambil menolak troli makanan.

"Kenapa tak kejut abang?"

"Ayahanda tak kasi. Dia suruh kami jangan ganggu abang dan bagi masa untuk abang berehat."

Nolan mengusap wajahnya.

Cassia mencapai tuala Nolan lalu ia diberikan kepada si abang.

"Abang mandi dulu ya baru makan. Seharian abang tak mandi. Busuk dah." Cassia menutup hidungnya lalu tertawa kecil.

"Busuk eh? Meh sini, biar bau badan abang melekat dekat Cassia sekali."

Cassia mahu melarikan diri tetapi lengannya sempat ditangkap dan tubuhnya ditarik.

Cassia terjatuh ke dalam pelukan Nolan.

Nolan memeluk erat tubuh Cassia.

Wajah Cassia tiba-tiba berona merah.

Nolan meletakkan dagunya di atas bahu Cassia.

"Hari ni Cassia temankan abang boleh tak? Dah lama kita tak luangkan masa berdua. Abang rindu nak bergurau senda dengan Cassia. Boleh kan? Luangkan masa untuk hari ni je." Nolan membisik.

Hembusan nafas Nolan yang terkena pada pangkal leher membuatkan gadis itu semakin memerah mukanya.

"Cassia?"

Cassia menyusup keluar dari pelukan Nolan.

Nolan terkejut dengan tindakan Cassia.

"Sebelum tu, abang mandi dan makanlah dulu. Nanti cari Cassia dekat perpustakaan," kata Cassia tanpa berpaling ke arah Nolan. Dia tak mahu lelaki itu melihat wajahnya yang sudah bertukar merah.

"Okey! Terima kasih, Cassia."

"Cassia keluar dulu."

Cassia segera berjalan laju keluar dari bilik itu.

Nolan duduk bersandar. Tangan didepakan di ataas kepala sofa. Kepala mendongak memandang siling bilik. Senyuman terlakar di bibir apabila teringatkan perubahan warna pada hujung telinga Cassia tadi. Ia bertukar kemerahan dan ia menunjukkan bahawa Cassia sedang menahan malu.

Nolan menekup wajahnya. Dia tidak mampu memadamkan senyumannya yang semakin melebar.

"Haish! Sudah la Nolan." Nolan segera berdiri dan berjalan memasuki bilik mandi sambil bernyanyi kecil dengan senang hatinya.

*****

Seperti yang diperkatakan Cassia, setelah selesai mandi dan makan, Nolan terus berjalan keluar dari biliknya. Langkah diatur menghala ke perpustakaan istana yang bertempat di bangunan sebelah.

Hati lelaki itu bernyanyi kecil dan melonjak keterujaan apabila mengenangkan dia akan meluangkan masa bersama Cassia seharian.

Pintu perpustakaan dibuka. Langkahnya terus diatur ke arah sebuah rak buku.

Dicelah-celah rak buku itu, terdapat satu kawasan yang mana dia dan Cassia suka duduk di situ apabila mereka membaca buku bersama.

"Cassia!" Nolan muncul dan menjerit nama gadis itu dengan tujuan mahu mengejutkan empunya nama. Namun diri sendiri pula yang terkejut apabila melihat oang lain pula yang berada di ruangan itu.

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now