Bab 8~[Mendung Hati Yang Pergi]

4.1K 316 2
                                    


Schwi melangkah masuk ke dalam rumah. Badannya habis kuyup ditimpa hujan lebat di luar.

Bunyi derap kaki berlari di tingkat atas langsung tidak diendahkannya.

Kazu berlari turun dan menghampiri.

Sehelai tuala bersih diberikan pada si gadis.

"Pergi bersihkan diri. Kau akan demam kalau bersejuk macam ni," pesan Kazu sebenarnya simpati melihat keadaan Schwi.

Walaupun Schwi tidak bercerita penuh semasa dia dalam keadaan mabuk, tetapi Kazu dapat meneka yang gadis itu masih teringat akan kejadian yang menimpa dirinya. Lalu melempiaskan rasa yang sudah lama terbuku di dalam hati di tengah hujan.

Schwi mengangkat wajah.

Lingkaran hitam kelihatan di bawah mata. Anak matanya juga berwarna sedikit merah. Mungkin kesan daripada menangis tadi.

Schwi merampas kasar tuala yang dihulurkan.

Kazu tersentak dengan tingkah kasar Schwi. Tak sangka.

Matanya menatap wajah Schwi yang dingin.

"Tak payah nak bersimpati pada aku. Aku tak hadap dengan simpati kau tu!" Kasar nada suara Schwi berkata-kata.

Dia berjalan melepasi Kazu yang terkedu.

Lina yang melihat dari atas sudah menggeleng. Tak faham dia dengan Schwi dan Kazu yang sering kali bertingkah. Macam tak boleh dibawa bincang dengan elok saja gayanya.

Remaja itu terus berlalu masuk ke dalam biliknya semula.

"Schwi." Tangan Schwi digenggam erat.

Dengan refleksnya, Schwi menoleh lalu menampar pipi Kazu.

Sekali lagi Kazu terkedu.

"Lepaskan aku!" Tangan cuba direntap dari pegangan si lelaki.

Genggaman Kazu kemas pada pergelangan tangan Schwi. Seperti tidak mahu melepaskan saja gayanya.

"Apa masalah kau ni, ha?! Aku kata lepas, lepas lah!" Berkali-kali tangan cuba direntap, tetapi tetap juga tidak berhasil.

Kazu pula diam saja. Langsung tiada niat hendak melepaskan gadis itu.

"Ka..."

Schwi terdiam.

Dakapan Kazu kemas pada tubuh Schwi.

"Luahkan saja segalanya," bisik Kazu di tepi telinga Schwi.

"Apa kau merepek ni?!" Schwi menggelupur minta dilepaskan. Dia rimas!

"Lepaskan kesakitan tu. Jangan biarkan ia menjadi satu dendam," kata Kazu lagi.

Schwi seolah-olah tidak memahami kata-kata Kazu. Dia tetap saja ingin melepaskan diri.

Kazu memperkemaskan dakapannya.

"Aku ada untuk kau."

Tiba-tiba hati Schwi kembali sebak.

Matanya sudah berkaca. Pandangannya juga kabur. Schwi teresak-esak di bahu Kazu.

"Lepaskan saja." Rambut Schwi diusap. Satu senyuman terbit di bibir Kazu.

Lama Kazu melayan tangisan Schwi sehinggalah Schwi sendiri yang meleraikan dakapan.

"Dah?" Kazu bertanya sambil mengintai wajah Schwi yang sengaja disorokkan dengan rambut.

"Diamlah!" Marah Schwi kerana malu. Malu dirinya menangis sebegitu teruk di hadapan Kazu.

Schwi mengesat air mata yang membasahi wajahnya.

THE FALLEN ANGEL:THE HIDDEN WING [COMPLETE]Where stories live. Discover now