12 💔

6.3K 794 19
                                    

"Balik sorang je? Taehyung mana?" Soal mama setelah aku melangkah masuk ke dalam rumah banglo ini. Besar, mewah, tapi ini bukan mama kandung aku. Dia ibu saudara aku sebenarnya. Mama dan papa kandung aku dah meninggal kerana kemalangan.

"Kerja."

"Hari ni Sabtu. Kerja juga?"

"Dia arkitek. Bagi dia cuti tu pun membazir masa." Aku faham sangat. Taehyung sangat gilakan kerja. Sampai sekarang, sama je.

"Hmm... yelah. Tapi awak tu mengandung." Kata mama. Dahi aku berkerut. Mama ni dah kenapa?

"Apa masalahnya kalau saya mengandung?"

"Dia suami awak, Jungra. Sampai bila nak berperang dingin macam ni. Kalau dah tak serasi sangat, bercerai je." Aku terduduk lemah. Ya, mama tahu tentang semuanya. Cuma aku je yang buat-buat tak tahu. Aku masih sayang dan berharap.

"Bercerai?"

"Kalau itu yang mampu membahagiakan awak. Mama tak naklah campur tapi sampai bila? Persoalannya, sampai bila?"

Aku cuma diam.

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن