51 💔

5.3K 639 25
                                    

Itali, 12 September.

Drtt.. drtt..

Terbantut aku hendak menyuap kentang putar ke dalam mulut apabila telefon aku berdering. Skrin aku jenguk. Nama Hoseok tertera. Lebar senyuman aku.

"Helo, Seok!"

"Amboi.. gembiranya. Saya dengan Jung Hyung merana tunggu sebulan tau." Aku ketawa. Sambil-sambil tu aku makan kentang.

"Sabarlah. Sekejap je sebulan tu. Nanti saya terus bagi awak alamat saya ya."

"Hmm.. yelah. Awak sihat?"

Aku senyum semakin panjang. Lama juga aku berdiam diri kerana mengunyah sisa kentang dalam mulut.

"Saya sihatlah. Kalau tak, saya tak jawab call awak. Jung Hyung macam mana? Dia meragam ke?"

"Jung Hyung.. haih. Saya cemburu dengan dia. Awak tak ada pun dia masih boleh bergolek-golek atas katil. Makin tembam sejak saya dengan Nara jaga."

"Wow.. dah ada ciri-ciri bapa mithali! Bila nak kahwin?"

"Lepas awak balik Itali." Senyuman aku kendur. Hati aku mula rasa galau.

"Jangan tunggu sayalah. Saya lama dekat sini."

"Lah.. 6 bulan je."

"Yelah, 6 bulan pun tetap lama juga. Awak mana tahu apa yang jadi dengan saya dekat sini." Aku ketawa halus. Usik Hoseok.

"Haishh... apa cakap macam tu? Dahlah, malas saya nak berborak dengan awak ni."

"Seok..." suara aku serius.

"Ya..."

"Jaga Jung Hyung ya?"

"Ya.. saya jaga. Awak pun, jaga diri."

Aku senyum. "Pasti."

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now