25 💔

6.4K 797 39
                                    

Tidur aku tak tenang. Sekejap aku pusing kanan, sekejap aku pusing kiri. Pinggang aku sakit, belakang badan aku lenguh. Aku menahan rasa itu sehingga berpeluh-peluh dahi dan leher walaupun penyejuk terpasang.

Taehyung yang sedang tidur di sebelah aku, aku renung. Serba salah aku hendak meminta tolong. Tapi belakang badan aku terlalu sakit dan lenguh. Sehinggakan rasa sesak nafas pun ada.

"Awak... Taehyung. Bangun..." aku tepuk-tepuk lengannya. Meminta dia sedarkan diri.

"Taehyung..."

"Ya, Jungra?" Aku mengetap bibir. Dia dah bangun.

"Saya nak minta tolong boleh tak?" Soal aku. Dia terpisat-pisat sambil bangkit melihat aku yang berpeluh dalam pendingin hawa.

"Kenapa berpeluh ni? Awak sakit ke?"

"Emm.. sakit belakang. Boleh awak tolo..." tak sempat aku habiskan ayat, tanga Taehyung dan menolak lembut bahu aku supaya mengiring. Tanpa berkata apa-apa, belakang badan aku diurut-urut. Ah.. lega. Hilang sikit rasanya.

"Baby dah 7 bulankan?"

Aku mengangguk. Dia tahu?

"Macam mana awak tahu?" Spontan, aku menyoal. Kali ini hairan pula aku, tiada langsung pertelingkahan antara kami.

"Anak saya, saya tahulah." Katanya. Tersenyum aku. Tapi bila mengingatkan kedudukan aku di dalam hati Taehyung sekarang, cepat-cepat aku matikan senyuman.

"Taehyung, kalau kita dah bercerai nanti, awak nak rampas anak saya ke?" Soal aku. Tiba-tiba, aku teringat tentang hak penjagaan anak sekiranya kami berpisah.

"Kenapa cakap macam tu?"

"Yelah, tak lama lagi kita nak buat haluan masing-masing," selepas hampir 10 tahun bercinta, dan 2 tahun berkahwin. Lama, tapi apakan daya, aku tak layak berkahwin dan berdamping dengan dia.

"Saya nak awak jaga anak kita. Kalau mahkamah suruh saya yang jaga, saya tetap nak awak yang jaga." Kata Taehyung. Aku terus rasa terharu. Aku pusingkan tubuh dan duduk menghadapnya. Lantas tangannya aku cakap dan aku cium sekilas.

"Saya harap sangat lepas ni awak jumpa perempuan yang lebih baik dari saya." Kata aku. Dia tersenyum nipis.

"Sudah pastinya." Savage. Tak sabar betul dia.

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now