19 💔

6.4K 786 37
                                    

Seharian aku menangis. Aku tak boleh tidur. Memikirkan banyak benda dalam satu masa. Dengan alahan aku yang semakin ke malam semakin teruk. Tapi semua tu langsung tak mencuit Taehyung. Dia keluar, hantar Yooha balik.

Yooha mengandungkan anak Taehyung? Dan dia langsung tak bersalah datang jejakkan kaki ke dalam rumah ni. Aku terluka. Sangat terluka.

Klek.

Pintu bilik terbuka. Dari luar ianya terkuak. Aku pejamkan mata. Bergenang air mata aku sambil mengenggam kuat hujung bantal.

Aku terasa Taehyung labuhkan punggung di atas katil. Terasa menjunam sedikit dan tiba-tiba aku rasa perut aku diusap. Menggigil badan aku. Menahan rasa hati yang berbalam-balam.

"I'm sorry, sayang. I'm sorry." Satu kucupan singgah di sisi dahi aku. Usapan tangan Taehyung tak berhenti. Dia cuba rasa benjolan kecil pada perut aku.

Aku rasa tenang mendengar bibirnya menggumam melodi indah. Lagu yang menjadi kegemaran aku sejak dulu. Sekejap sahaja, aku dah terlena.

Dalam pelukan seorang lelaki bergelar suami.

Kim Taehyung.

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now