32 💔

6.1K 724 123
                                    

"Jangan jalan laju-laju, sayang."

"Nak makan, panggil. Nak mandi pun sama."

"Sayang! I told you to not go anywhere without me! Stay here."

"Makan banyak tak apa, tapi jangan minum air lebih. Ingat pesan doktor."

Dan segala kata-kata itu aku telan dengan perasaan yang gembira. Walaupun aku rimas dengan tingkah laku Taehyung yang terlalu berhati-hati sehinggakan aku mengeluh, tetapi kasih aku kembali datang kepadanya. Dia sangat memikat!

Aku baring mengiring menghadap Taehyung. Wajah yang keletihan itu aku renung dalam-dalam. Tersenyum aku.

"Kesian dia.. penat." Tangan aku naik mengusap pipinya. Taehyung sedikit tersentak. Lenanya terganggu.

"Saya ganggu ya? Maaf..." aku menggerakkan tubuh supaya dekat dengan Taehyung sebelum tubuh itu aku peluk dengan sebelah tangan. Belakang tubuhnya aku usap dan tepuk sesekali. Bagi dia tidur semula.

"Tak ganggulah. Saya terkejut je, ingatkan awak nak minta tolong apa-apa." Kata Taehyung. Suaranya serak basah, menandakan dia baru sahaja bangun dari tidur yang lena.

"Awak dah banyak tolong saya, Taehyung. Saya tak mampu balas."

"Balaslah dengan cinta. Letakkan saya paling atas dalam hati awak."

Tersenyum aku. Tanpa dapat aku kawal rasa, aku kucup bibirnya lama. Hanya ciuman ringkas, tetapi lama untuk melepaskan rindu yang tertahan-tahan.

"I love you."

Taehyung senyum. Dia cium aku sekilas.

"Me too."

Aku pejamkan mata. Mula rasa mengantuk.

"Tidur. Dah malam." Kata Taehyung. Aku menggumam. Taehyung menyendalkan lengannya pada kepala aku menyebabkan aku berbaring di atas lengannya. Muka aku mencecah bahunya. Lena aku tidur malam ini.

Tetapi, baru sahaja aku hendak terbang melayang, telinga aku mula menangkap tangisan dan rengekan halus Jung Hyung di katil bayi sebelah katil kami. Pantas aku angkat kepala.

"Sayang baring. Saya tengok."

"Taehyung..."

"Baring." Suara tegas Taehyung keluar. Aku akur. Baring, tetapi mata aku memandang Taehyung menguruskan Jung Hyung. Sekejap sahaja tangisannya setelah Taehyung memeluk tubuh kecil Jung Hyung rapat ke dada.

Itu adalah tips dari doktor. Jika bayi menangis, letakkan telinga bayi rapat ke dada kiri yakni pada detakan jantung. Bayi akan berhenti menangis.

Aku bangun dari baring. Tak betah. Rasa cemburu melihat suami dan anak aku berdua tanpa aku di sisi. Lalu aku mengesot sedikit sehingga merapati bahagian belakang tubuh Taehyung. Aku peluk dari belakang memandangnya dia duduk di birai katil sambil memeluk anak kami.

"Kenapa bangun?" Soal Taehyung.

"Saja. Cemburu tengok awak dengan baby hugging together. Nak juga." Kata aku.

"Manja." Aku mengekeh kecil. Terasa Taehyung pusingkan tubuhnya dan dahi aku dicium lembut.

"Tak tahulah kenapa saya boleh buat silap besar." Kata Taehyung, tiba-tiba.

"Silap apa?"

"Abaikan awak dulu."

"It's okay, dear. I'm okay."

"Kalau awak okey, air mata tak akan jadi sahabat awak."

Aku tersenyum kelat. Malas aku hendak mendengar tentang masalah lama itu.

"I'm so sorry." Aku menerima ciuman lagi. Hangat di dahi. Sungguh, kerinduan aku tak akan pernah habis di sini. Taehyung... cinta awak kembali lagi kepada saya.

💫💫💫💫

Okay, saya dah tahu dah majoriti untuk next projek saya.

Fake Love | Jung Hoseok-Kim Nara | Sad Romance, Happy Ending.

Insya Allah, habis ff ni saya akan buat ff hoseok pula. Saja nak buat koleksi ff bts banyak2 dan pendek2. Nak buat panjang2 macam dah tak sempat sekarang. Insya Allah kalau tak ada halangan..

💫💫💫💫

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now