58 💔

5.8K 649 34
                                    

"Ya, dia memang mati dekat dunia. Tapi dia masih hidup dalam hati kau. Taehyung, cinta dia tak pernah pudar dan padam sampailah ke helaian nafas dia yang terakhir." Kata Hoseok. Dan pada ketika itu, entah dari mana datangnya kekuatan, minda Taehyung mula terbuka luas secara perlahan-lahan.

Dan dari situlah dia ingat siapa Hyun Jungra.

Siapa cinta pertamanya.

Bila dia berkahwin.

Dan siapa Yooha di sebalik semula ini.

"Jadi.. selama ni aku... aku lupa semuanya?" Hoseok mengangguk. Nara hanya diam di sebelah suami.

"Kau lupa siapa dia. Kau kahwin dengan Yooha. Kau tahu tak siapa Yooha tu?" Soal Hoseok. Taehyung angkat kepala. Dia menggeleng.

"Dia isteri kau. Isteri nombor dua."

"Wh.. what?!" Terbuntang mata Taehyung. Silih berganti dia memandang Hoseok dan Nara. Dia kahwin lagi?

"Aku kahwin lagi?"

"Kau lupa. Aku dah kata kau lupa."

"Tapi aku.. aku tak cintakan dia. Jungra isteri aku. Bukan dia." Tiba-tiba Taehyung berdiri tegak. Mindanya serabut. Fikirannya kosong. Hatinya celaru. Apa yang dia tahu, dia mahukan Jungra. Dia mahu berjumpa Jungra.

"Taehyung, kau nak pergi mana?" Soal Hoseok apabila Taehyung tiba-tiba lari keluar rumah. Nara pantas berdiri.

"Taehyung!"

"Sayang! Saya minta maaf! Tunggu saya!" Hoseok dan Nara mengejar Taehyung yang sudah melepasi pintu pagar mereka. Dan ketika itu juga, sebuah kereta MPV laju keluar dari satu arah jalan.

"Taehyung! Watch out!"

PIN! PIN!

DUM!

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now