47 💔

5K 679 49
                                    

"Dan dengan ini... perkahwinan antara Hyun Jungra, dan Kim Taehyung, sah terlerai. Sehubungan dengan itu, hak penjagaan Kim Jung Hyung akan diserahkan kepada Hyun Jungra. Keputusan mahkamah adalah muktamad. Sidang penceraian, ditamatkan.

Tok. Tok. Tok.

Aku mengeluh tunduk. Merenung tangan sendiri yang bergetar setelah aku dan Taehyung sah berpisah atas alasan...

Aku dan dia sudah tidak sehaluan.

"Jungra..." aku bangun dari kerusi apabila nama aku dipanggil. Hoseok setia menunggu aku sambil mendukung Jung Hyung.

"Jom, balik." Aku mengangguk. Jung Hyung erat memeluk leher Hoseok. Bagai tidak mahu dilepaskan. Aku faham hubungan mereka yang agak rapat sejak dua menjak ini. Serupa seperti ayah dan anak. Tapi aku tak gila lagi nak berkenan dengan Hoseok.

Hoseok dah pun berpunya. Kim Nara.. yang berlanggaran dengannya dulu. Itulah teman wanitanya. Ada kisah tersendiri disebalik kebetulan itu.

"Seok..." aku mengenakan kaca mata gelap. Tidak mahu Taehyung datang ke arah aku. Lagipun tadi dia terus beredar dari mahkamah dengan keluarganya.

Keluarga baru.

"Hmm?"

"Saya rasa saya nak pergi ke luar negaralah. Nak ambil mood baru." Aku memandang Hoseok. Hoseok diam sekejap.

"Ke mana?"

"Itali."

"Jauh tu..."

"Hmm.. lebih jauh lebih elok. Tak ada sesiapa yang tahu saya dekat mana." Kata aku. Ya, waktu-waktu begini, aku tidak mahu bercakap atau berhubung dengan sesiapa. Aku mahu bersendirian.

"Bila awak nak pergi?"

"Malam ni."

"Malam ni?!"

Aku angguk. Hoseok nampak sangat terkejut. Aku dah agak dah, tapi aku tak ada pilihan. Hati aku perlu diubati segera.

"Ya. Tapi saya ada amanah untuk awak jaga." Sekali lagi wajah Hoseok berubah. Aku menelan liur.

"Apa dia?"

"Saya akan ke Itali sorang-sorang. Saya tinggalkan Jung Hyung dekat awak. Awak kena jaga anak saya sampailah saya balik." Tercengang Hoseok. Kepalanya tergeleng.

"Tak boleh. Jung Hyung kecil lagi, Jungra. Baru berapa bulan. Tiga bulan tak capai lagi. Awak tak boleh macam ni. Dia menyusu badan lagi tau."

"Ya, saya tahu. Tapi saya pergi sekejap je."

"Berapa lama?"

"6 bulan."

Semakin meluas mulut Hoseok. Aku tahu, aku melampaui batas. Cuma dengan cara ini sahaja aku boleh menenangkan diri di Itali.

"Tak boleh. Saya tak akan jaga anak awak kalau awak tak bawa dia sekali."

"Hoseok, tolonglah. Saya merayu." Air mata aku mula bergenang. Tetapi Hoseok tetap diam. Aku menunduk.

"Baiklah, macam ni..." Hoseok bersuara. Aku angkat kepala.

"Awak boleh pergi sendirian ke Itali, tapi untuk satu bulan yang pertama je. Lepas sebulan, saya akan hantar Jung Hyung. Awak kena jaga dia dekat sana. Boleh?" Cadang Hoseok. Aku menggigit bibir. Sebulan...

"Terpulang kepada awak. Saya tak kisah."

"Okey. Janji? Tunggu saya."

Aku tersenyum.

"Ya."

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now