29 💔

6.2K 764 43
                                    

Ya, kembar. Tapi disebabkan saiz tubuhnya yang sangat kecil, jantungnya bermasalah, anak kembar aku yang seorang itu meninggal dunia selepas dua jam keluar melihat dunia. Jatuh air mata aku. Sungguh, aku tidak menyangka selama ini aku mengandungkan anak kembar. Doktor sendiri pun terkejut apabila keluar seorang lagi. Biasalah, apabila mengandungkan kembar, jika berada di dalam satu plasenta, pasti berisiko cacat atau keguguran. Dalam kes aku, hanya satu janin sahaja yang membesar dengan berat hampir mencecah 3.6 KG.

Jatuh lagi air mata aku apabila terkenangkan aku sebenarnya sudah mempunyai dua orang anak lelaki.

"Nurse, dah." Aku menyeru jururawat apabila bayi lelaki aku tidak mahu lagi menyusu badan. Tersenyum aku. Comel. Hidungnya macam.. papa dia.

"Saya letak dekat sini ya, puan?" Aku angguk. Jururawat tersebut mengambil anak aku dan diletakkan di sebelah. Nyenyak tidur. Sementara aku pula tak boleh tidur disebabkan rasa teruja yang melampau.

"Emm... nurse. Tahu tak suami saya dekat mana sekarang?"

"Ohh.. suami puan dekat bilik doktor. Tengah berbincang sesuatu. Biasanya cara nak menjaga bayi dan menjaga isteri lepas bersalin." Kata jururawat itu. Aku mengangguk.

"Terima kasih." Aku tersenyum. Jururawat beredar. Aku menyandarkan tubuh pada kepala katil sambil merenung anak lelaki aku yang nyenyak tidur.

"Kim.. Jung Hyung. Jung Hyung?" Gabungan antara Tae HYUNG dan JUNG Ra. Kenapa aku terfikir nama itu? Sedangkan aku sendiri yang mahu ikatan kasih antara kami terlerai?

"Anak mama..."

Tuk! Tuk! Tuk!

Aku memandang pintu wad.

"Masuk."

Taehyung. Aku menarik nafas panjang. Terasa berdebar tiba-tiba apabila terpandang Taehyung masuk dengan membawa sampul surat coklat hari tu. Aku bagai dapat mengagak isi dalamnya.

"Sorry... saya dekat bilik doktor tadi. Hei.. anak daddy." Aku membiarkan Taehyung mendekati anaknya. Kedua belah pipi gebu itu dicium lembut tanpa henti. Taehyung memang sukakan bayi dan budak-budak. Jadi aku tak nak menghalang dia. Biarlah dia berikan kasih sayangnya kepada Jung Hyung sampailah tiba masa untuk kami berpisah nanti.

"Jungra..."

Aku mengangkat kepala.

"Ya."

"Nah..." aku memandang tangan Taehyung. Dia menghulurkan aku sampul surat coklat tersebut.

"Surat cerai?" Aku menyoal. Taehyung diam. Dia fokus dengan Jung Hyung. Sungguh, kali ini aku rasa tak kuat. Aku rasa sedih dan hiba tiba-tiba.

"Kalau saya sign surat ni, awak janji tak akan ambil Jung Hyung dari saya?" Aku menanya. Aku masih tak buka lagi sampul surat tu.

"Tak." Jawabnya sepatah. Aku menelan liur. Takut dan bimbang.

"Ini yang awak minta. Saya tunaikan." Kata dia. Aku mengangguk.

"Ya. Memang saya yang minta dan awak dah tunaikannya." Pantas aku buka sampul surat itu dan keluarkan isinya. Lantas aku baca kepala tajuk surat itu.

Dan buat sekian kalinya, aku terkedu.

"Taehyung... awak..."

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now