31 💔

6.3K 735 20
                                    

Doktor membenarkan aku balik malam ni juga setelah keadaan aku dan Jung Hyung stabil.

"Hei..." terbantut aku hendak menurunkan kaki atas lantai apabila ditegur oleh seseorang.

"Apa?" Meleret aku menyoal. Melihat kepala Taehyung menggeleng je, aku dah memuncung.

"Kenapa tak cakap nak turun? Kan saya boleh tolong." Katanya. Aku dah agak dah. Perlahan aku berdecit.

"Turun katil je pun, awak."

"Hold me." Aku merenung tangan Taehyung yang terhulur di hadapan aku sekarang.

"Saya boleh jalanlah..."

"Love, hold me." Arahnya lagi. Kali ini aku tiada pilihan lain. Aku pegang tangan Taehyung dan berdiri. Ngilu di bahagian bawah terasa sedikit menyebabkan aku mengaduh halus. Taehyung mendekat, lantas kedua belah bahu aku dipegang.

"Does it hurt?" Tanyanya. Aku mengangguk.

"Ngilu."

"Awak tak boleh berjalan ni. Kejap, saya pergi ambil kerusi roda."

"Tak payahlah." Kuat aku menarik tangan Taehyung, menghalangnya daripada pergi. Aku menggeleng. Dia mengeluh perlahan.

"Awak sakit. Nanti kalau terbuka macam mana?"

"Saya jalan perlahan." Kata aku. Cuba meyakinkan dia yang betul-betul nampak risau. Sungguh, aku rindu dengan wajah kerisauan Taehyung. Dia nampak sangat serius.

"Hold me tight. Jangan lepas." Katanya lagi, lebih kepada amaran. Tertawa kecil aku dibuatnya. Aku memandang Jung Hyung. Perlahan-lahan aku menundukkan tubuh dan mendukung tubuh bayi lelaki ini. Rengekan kecil kedengaran. Merekah senyuman aku melihat Jung Hyung tidur nyenyak selepas menyusu tadi.

"Jom?"

Taehyung sempat mencium pipi gebu Jung Hyung dengan ucapan, 'Selamat malam anak papa.' Sejuk aku mendengarnya.

"Jom. Baby step." Arah Taehyung. Bahu aku dipeluknya erat. Bagai hendak tergelak aku ketika ini apabila setiap langkah aku diperhatikan olehnya.

"Awak, janganlah risau sangat. Saya okey."

"I know, love. Tapi awak masih luka. Saya risau kalau terbuka, sakit, kena masuk hospital lagi." Kata Taehyung. Lebar senyuman aku sambil memandangnya. Tangan aku naik menepuk pipi suami aku yang seorang ini.

"Terima kasih sebab risaukan saya. Saya suka tengok awak."

"Tanggungjawab saya. Dah, watch your step. Jangan langkah besar-besar."

"Oh my God, shuben. I know myself." Terketawa juga aku akhirnya. Taehyung yang serius sangat lucu berbanding Taehyung yang tidak berperasaan.

Kekalkan perasaan dia sehingga helaian nafas aku yang terakhir.

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now