46 💔

5.4K 728 177
                                    

"Saya dah cari kebahagiaan saya. Dan ternyata... bukan awak yang saya cari. Saya minta maaf, Jungra. Cukuplah sampai di sini je kita."

Aku akur.

"Baiklah.. kalau ini yang awak minta. Kita jumpa dekat mahkamah nanti." Kata aku tanpa banyak soal. Aku diam menunduk, merenung surat persetujuan penceraian. Aku capai pen dan buka penutupnya.

Tuhan.. kuatkan aku.

"Cepatlah sign. Lembab." Suara Yooha aku abaikan. Aku cuma fokus membaca satu per satu isi kandungan surat itu. Setelah yakin ianya tiada apa-apa lagi perlu aku takutkan, akhirnya dengan hati separuh rela dan terpaksa, aku turunkan tanda tangan.

"Nah..."

"Bagus. Okey, ni I nak bagitahu you sesuatu. Since korang belum officially bercerai dekat mahkamah, I nak you serahkan anak you dekat I dan husband I. Tu anak dia. You, cuma lahirkan je." Aku tergamam. Merenung wajah Yooha dengan pandangan tidak percaya.

"Apa kau cakap ni?" Aku tak sempat hendak berbuat apa-apa, tiba-tiba Yooha mendapatkan Hoseok yang duduk di sebelah aku.

"Serahkan anak ni dekat I." Kata Yooha. Tapi aku yakin, Hoseok tak akan sesekali lepaskan genggaman dan pelukan eratnya pada tubuh Jung Hyun.

"Kau duduk." Kata Hoseok.

"I nak anak I!"

"Duduk aku kata!" Jerit Hoseok. Panjang muncung Yooha. Menggedik mendapatkan Taehyung. Aku tahu, diamnya Taehyung sekarang mungkin kerana terkejut melihat Hoseok ada di rumah ni. Tapi aku peduli apa. Inilah yang aku rasa lebih baik. Aku hidup sendiri, dia hidup sendiri.

"Taehyung..." aku memanggil namanya. Buat kali terakhir.

"Tolong lupakan saya, lupakan anak saya." Aku menarik nafas panjang.

"Hei! You..."

"Shut up, Yooha." Taehyung mengetap gigi. Aku menunduk. Menguis kaki pada karpet berbulu ini.

"Sebab saya rasa, tak guna awak ingat saya, ingat anak saya sedangkan hati awak dekat orang lain. Jadi saya tak nak benda ni jadi rumit, sebab awak suami orang. Saya tak pernah halang awak datang jumpa saya. Tapi cukuplah setakat depan pagar je. Jangan pegang anak saya." Kata aku. Nekad. Aku tak akan sesekali membiarkan dua manusia ini menyentuh Jung Hyung. Cukuplah aku tahu yang mereka mahu merampas Jung Hyung dari aku.

"Tapi itu dari darah daging husband I! Hei, you memang tak sedar diri eah? I tak sukalah perempuan perampas macam you ni. Tamak."

"Kau cakap dengan diri sendiri ke?" Aku membalas pedas. Terdiam Yooha. Kemudian aku fokus memandang Taehyung. Dia diam dari tadi. Aku tak pasti kenapa dia diam, tapi aku yakin, ini adalah kepuasannya. Dia tidak mahu berhubungan dengan aku lagi, jadi inilah yang dia dapat.

"Minggu depan, kita jumpa dekat mahkamah. Lepas tu kita buat haluan masing-masing." Kata aku. Lega selepas segalanya selesai. Taehyung mengangguk.

"Baiklah. Itu yang awak nak."

"Saya? Saya yang nak? Bukan ke awak yang beri surat ni kepada saya?"

Taehyung diam lagi. Tergelak aku. Aku yakin, dia seperti sedang bertarung dengan perasaan sendiri. Aku tak akan sesekali termakan pujuk rayunya. Cukuplah sekali, aku serik.

"Sekarang, awak boleh balik. Tak elok ada dekat rumah saya lagi." Aku merenung tempat lain. Rasa sedih tiba-tiba.

Taehyung dan Yooha sama-sama berdiri. Aku pun sama. Menghantar mereka sehingga ke depan pintu.

"Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya." Aku berbisik halus, tak akan ada sesiapa yang dengar kecuali aku sendiri.

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now