55 💔

5.1K 634 11
                                    

Hoseok dan Nara dihidang makanan ringan dari Itali. Entah apa namanya, tapi nampak cukup menyelerakan. Cuma mereka berdua langsung tiada daya untuk menelan makanan itu semua kerana masih tertanya-tanya keberadaan Jungra.

"Makcik, emm.. kami berdua sebenarnya nak ke rumah kawan kami. Ada hal penting." Kata Hoseok.

"Tahu." Tahu?

"Err.. ma.. macam mana boleh tahu?" Soal Hoseok lagi. Wajah wanita tua itu menjadi tatapan penuh matanya. Langsung tak lepas walau sesaat.

"Jungra dengan makcik berjiran. Makcik tahu dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia bercakap, apa jadi dengan dia. Makcik tahu..." kata wanita itu lagi. Hoseok dan Nara semakin tak sedap hati.

"Saya sebenarnya risau, saya call tapi nombor dia tak ada dalam perkhidmatan. Sampailah sekarang." Ujar Nara. Hoseok mengangguk.

"Lagipun kami datang sebab nak jumpakan dia dengan anak dia. Ni..." Jung Hyung sengih apabila Nara merenung wajah comel itu.

"Sekejap..." wanita tua itu bangun dari sofa. Bergerak ke satu kabinet sebelum satu kotak sederhana besar di ambil. Kemudian datang semula dan dihulur kepada Hoseok dan Nara.

"Bukalah."

"Apa ni?" Hoseok ragu.

"Buka je. Dan kamu akan tahu."

Hoseok dan Nara telan liur. Hati berkobar menahan rasa yang yang menendang tulang rusuk.

Perlahan-lahan tangan Hoseok membuka kotak tersebut.

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now