Epilogue 💔

9.8K 762 82
                                    

"Sayang..." aku yang baru nak lelapkan mata, terus terbuka luas. Wajah Taehyung aku pandang. Ini adalah malam pertama dia tidur di sini. Aku.. dah lebih seminggu. Mungkin dia masih berada di dunia. Masih terasa dia di alam lagi satu.

"Ya, awak."

"Dah tidur ke?"

Aku menggeleng.

"Belum. Kenapa? Awak tak boleh tidur ke?" Soal aku. Taehyung mengiring. Tubuh aku dipeluknya tanpa amaran.

"Hmm.. teringat anak kita tengah buat apa sekarang." Kata Taehyung. Aku tersenyum nipis. Belakang tubuh Taehyung aku usap perlahan.

"Jung Hyung dah ada mummy daddy baru. Jangan risaulah." Aku menenangkan Taehyung. Dia masih merenung aku.

"Saya terkilan sebab saya tak boleh ingat semua pasal kita. Sampaikan awak sakit pun saya tak tahu."

"Sayang.. tak nak cakap macam tu lagi. Dah, lupakan." Aku menggeeleng halus. Tidak mahu Taehyung ingatkan semula tentang kisah lama tu. Bagi aku, ianya sudah terlalu lama. Seminggu aku pergi, seperti seribu tahun aku di sini.

"Terima kasih, sayang. Terima kasih untuk semuanya. Untuk cinta, untuk sayang, untuk kasih, dan untuk bahagia." Ucap Taehyung. Erat pelukannya pada tubuh aku. Aku angguk tanpa fikir lama. Tersenyum aku.

"Sama-sama, shuben. Ingat, mati itu pasti. Tapi cinta itu mematikan. Saya cintakan awak." Dan aku terus pejamkan mata dengan senyuman di bibir, di dalam pelukan seorang lelaki paling agung yang bergelar suami, bernama...

Kim Taehyung.

Tanpa awak, saya mati jiwa dan raga. Tapi hadirnya awak, hati saya bercahaya dek cinta kita yang tak pernah padam.

Terima kasih, Taehyung kerana pernah hadir membahagiakan saya di dunia, dan datang untuk menemani saya di Syurga. Terima kasih.

-TAMAT-

AKHIRNYA!!! ALHAMDULILAH, DALAM BULAN PUASA NI SAYA BERJAYA BUAT DAN HABISKAN SEBUAH FF YANG BAGI SAYA BANYAK PENGAJARAN UNTUK SAYA DAN ANDA SEMUA. SEMUANYA MOLEK2, TAK ADA SCENE HARAM, SEMUANYA HALAL. ALHAMDULILAH.

JADI, TIADA SPECIAL CHAPTER YA. BUKU SAYA AKAN TAMAT DEKAT SINI JE. OKAY, UNTUK FF SETERUSNYA, JUNG HOSEOK. TAPI SAYA DECIDE BUKAN DARI WATAK SINI. SAYA AKAN REKA JALAN CERITA BARU INSYA ALLAH. NANTI SAYA AKAN REKA DAN PUBLISH TERUS. TAPI MUNGKIN LEBIH MENCABAR DAN LEBIH AIR MATA? CEHH TAKDELAH. SAYA CUBA YANG TERBAIK DAN INSYA ALLAH, SAYA AKAN HABISKAN LEPAS RAYA ATAU SEBELUM HABIS PUASA NANTI.

SO WAIT AND SEE~~

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now