27 💔

6.2K 715 7
                                    

Dah nak masuk hari-hari terakhir ni, aku rasa perut aku makin mengeras. Kadang-kadang sampai rasa nak pitam sebab menahan sakit yang datang secara tiba-tiba atau dipanggil sebagai 'fake contraction'. Fake contraction biasanya berlaku kepada ibu mengandung yang dah nak melahirkan anak. Tetapi rasa sakit ini tak sama macam kontraksi yang sebetul-betulnya.

Doktor gelarkan fake contraction ni sebagai 'kontraksi acah'. Segala rongga dekat dalam perut sedang mengembang untuk menolak bayi keluar. Banyak benda yang aku belajar melalui doktor dan majalah. Macam-macam. Sampaikan emosi pun bercampur baur apabila terbaca artikel tentang peranan suami dalam membantu memulihkan emosi isteri ketika bersalin.

Suami aku? Si Taehyung tu? Hmm.. aku malas nak bazirkam air mata semata-mata untuk dia. Ada banyak lagi benda yang perlu aku tangiskan selain dia.

Aku merenung set barangan bayi aku terima dari kawan-kawan. Sungguh, banyak. Anak aku bakal menjadi seorang bayi lelaki. Tapi bila tengok set tu, aku rasa macam bukan lelaki. Tapi bercampur.

Fuh! Minta simpang. Aku rasa mungkin kawan-kawan aku terbeli sebelum aku bagitahu keputusan pemeriksaan jantina. Sebab tu terselit set berwarna merah jambu. Comel! Aku suka.

"Jungra." Kegembiraan aku terhenti apabila susuk tubuh Taehyung masuk ke dalam bilik. Aku ternampak dia memegang sesuatu.

Sampul surat berwarna coklat. Borang penceraian agaknya.

"Hmm..."

"Awak okey?" Soalnya. Aku angguk tanpa memandangnya.

"Okey. Kenapa?"

"Saja."

Aku mahu bangun dari katil. Melarikan diri. Tapi entah macam mana, ketika aku mencecahkan kaki atas lantai, aku terasa ada air keluar dari celahan faraj aku dan mengalir ke lantai.

"Jungra, kenapa?" Aku tak mampu menjawab. Tetapi aku pandang sahaja wajah Taehyung yang cemas.

"Jungra, awak okey ke tak ni? Sakit?"

"Tu.."

Taehyung menunduk.

"Air awak dah pecah. Hospital, now."

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon