42 💔

5.2K 632 53
                                    

Dua minggu berlalu. Aku dengan Taehyung sekadar berbalas mesej di Whatsapp sahaja tanpa aku telefon dia. Entahlah, aku tak terfikir langsung nak telefon.

Pertama, aku takut menganggu.

Kedua, aku takut dia rimas.

Jadi aku diam dan cuma berbalas mesej sahaja. Paling malas, aku voice message. Paling senang. Dengar suara Taehyung, aku rasa lega. Dia sangat pelega. Macam ubat tahan sakit. Kalau aku rindu, aku dengar suara Taehyung, hilang sekejap rindu tu.

Hmm.. aku cintakan dia sangat.

Tiba-tiba, aku terasa nak telefon dia. Aku rasa macam.. nak. Tak salahkan? Kali pertama. Jadi dengan hati yang senang aku ambil telefon dan mencari nombor Taehyung.

"Mana mana.. jumpa!" Sungguh, aku tak sabar!

Aku dail.

Tut.. tut.. tut..

"Helo, sayang!" Aku menjerit keriangan. Sesaat selepae itu, kegirangan aku mati. Lenyap terpadam tanpa bersuluh.

"Helo, siapa ni?"

Suara ni...

[COMPLETED] Affair 추문 (Taehyung BTS)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang