#1

15.5K 230 2
                                    

EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
.
"APA lagi yang you nak? Puas hati you sekarang, kan?" jerit sang isteri melampiaskan amarah yang berbuku di dada. Amarah yang sebenarnya ditujukan pada diri sendiri.

Salahnya sendiri yang bodoh menilai. Bukan salah lelaki itu yang sengaja membongkar kebenaran di hadapannya.

Biarpun dia tahu lelaki itu hanya berbuat begitu demi ingin mendera hati dan perasaannya, dia hanya mampu memarahi diri. Dia yang begitu mudah percaya.

"Marah?" soal sang suami. Dingin dan sinis nada yang menyapa telinga. Seolah tuduhan sang isteri tidak berbekas padanya. Tidak langsung tertera di mata.

Sepasang mata merenung tajam sesusuk tubuh genit yang kelihatan begitu lemah ketika ini. Ibarat helang memerhatikan mangsa.

Ingin diheret sesusuk tubuh itu pulang lalu diajar supaya kenal siapa sebenarnya suami di mata wanita itu. Biar sepasang mata yang kini kabur dengan air mata hanya kenal wajah suami sendiri. Bukan lelaki lain!

Tanpa sepatah kata, tangan sang isteri diraih lalu ditarik mengikut langkahnya menuju ke kereta. Tiada bantahan yang keluar dari sepasang bibir merah wanita itu. Tiada daya untuk terus melawan.

Drama yang sengaja dipertontonkan di hadapan sang isteri sudah tamat. Tidak perlu terus berada di sini. Tiba masa untuk mengajar isterinya hakikat sebenar.

Si isteri membuang pandang keluar tingkap kereta. Air mata terus setia membasahi wajah. Harapan yang berkecai meluluhkan hati. Memadamkan sebarang cahaya di dalam hidup.

Dunia terasa kelam ketika ini. Dia ibarat orang buta yang kehilangan tongkat.

Apa yang perlu dilakukan selepas ini? Ke mana langkah yang perlu dituju? Atau dia hanya mampu terus kekal di sisi lelaki yang langsung tidak punya hati dan perasaan? Lelaki yang menyebabkan segalanya berlaku!

Bibir bergetar hiba. Tidak mampu menyuarakan sebarang tuduhan terhadap lelaki di sisi. Dia lelah dengan permainan perasaan. Dia hanya ingin memejam mata. Cuba memadam kepahitan yang menyesak dada.

Mata dipejam rapat. Bibir mengukir senyum. Senyuman mengejek diri. Mempersoalkan kelemahan sendiri.

Salahkah jika dia mengharap cinta yang indah?
Salahkah dia ingin dikasihi dan mengasihi? Perlukan dia hidup di dalam hubungan yang beku tanpa kehangatan kasih seorang suami?

Tiba-tiba tawa meledak di bibir merah itu. Tidak tahu apa yang lucu. Menimbulkan kerutan di dahi sang suami.

Tawa terus meletus di bibir. Tidak peduli pada reaksi lelaki di sisi.

Cinta. Sukarkah untuk digapai? Dia masih ingin percaya yang cinta itu wujud untuknya. Tentu sahaja takkan hadir dari lelaki beku di sisi. Sebaliknya dia perlu membebaskan diri. Tidak perlu terus menyeksa diri. Cukup setakat ini.

"Tak perlu buang masa you," deram sang suami bagai dapat membaca fikiran sang isteri. Memadam segala harapan yang baru melata. Memasak kemas kenyataan yang dia takkan sesekali melepaskan isterinya. Never!
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now