#15

5.3K 97 13
                                    

LAGI 5 HARI AKAN CLOSE ORDER VERSI CETAK.😘 30 September tau.
.
PAGI ini Puan Ruwaida tiada aktiviti di luar. Tidak berjanji dengan mana-mana teman untuk keluar. Lalu perhatiannya jatuh pada si menantu yang duduk di ruang tamu merenung kosong ke skrin televisyen.

    Puan Ruwaida melangkah ke ruang tamu. Membawa bersama segelas susu di tangan. Lalu duduk di sisi menantu.

    Tiada reaksi dari Atiya. Terlalu jauh hilang hinggakan kehadirannya tidak disedari. Dia tersenyum sendiri. Fikirkan apa agaknya?

    "Tiya..."

    Sekali dipanggil tiada sahutan.

    "Tiya." Kali ini nadanya ditekan sedikit.

    Atiya berpaling ke arah suara di sisinya. Terkebil-kebil seketika memandang ibu mentua yang entah bila muncul.

    "Mama..."

    "Fikir apa?" soal Puan Ruwaida lembut.

Direnung si menantu dari atas ke bawah. Cuba memastikan tiada sebarang kecederaan di tubuh genit itu.

    Pagi semalam dia tidak berkesempatan untuk memeriksa keadaan menantunya. Hati masih berdetik bimbang dengan layanan Huzer terhadap Atiya. Takut-takut Huzer benar-benar mendera.

    Curiga itu hadir kerana keadaan yang berlaku. Dan juga kerana Huzer tidak pernah membiarkan mana-mana perempuan mendekati kecuali Nasuha.

    Manalah tahu kerana dipaksa Huzer cuba menghukum Atiya. Mendera gadis yang tidak bersalah. Dia tidak mahu Atiya menjadi mangsa.

    Diraih pergelangan tangan Atiya tanpa sebarang amaran. Buat Atiya tersentak cuba merentap kembali tangannya.

    Puan Ruwaida mengemaskan pegangan. Tidak membenarkan Atiya menyembunyikan apa-apa daripadanya. Mata Puan Ruwaida mendarat pada pergelangan tangan yang sudah kurang birunya. Namun masih jelas di pandangan mata.

    "Tiya cakap betul-betul kat mama. Huzer... pukul Tiya ke?"

    Atiya menggeleng pantas.

    "Dah tu kenapa tangan ni?" Puan Ruwaida masih ingin menyoal siasat. Mata mendarat curiga pada top turtleneck yang dipakai Atiya.

    "Tiya..." Tiada jawapan yang mampu diberikan untuk soalan itu.

    "Cakap dengan mama, Tiya. Mama takkan sebelahkan Huzer. Kalau betul Huzer..."

    "Tak. Dia tak pukul Tiya," tegas Atiya terus menidakkan.

    "Kalau tak pukul kenapa biru tangan ni? Ini baru tangan... tempat lain macam mana?" Mata Puan Ruwaida mula meliar di tubuh si menantu. Malangnya tubuh itu ditutup rapi. Seperti cuba menyembunyikan keadaan sebenar.

    Tempat lain? Atiya mengetap bibir menahan gelodak hati. Mengenangkan tempat yang disapu krim oleh lelaki itu, wajahnya mula merona merah.

    Memang benar terlalu banyak tempat yang menjadi mangsa lelaki itu. Jika dipandang agak mengerikan. Merah biru di kulit yang putih bersih menjadi kontras yang berbeza.

    Bila si menantu terdiam lama, Puan Ruwaida membuka mulut sekali lagi. "Tiya jangan takut. Cerita kat mama. Jangan takut Huzer marah."

    Atiya tergeleng-geleng lagi. Tiada apa-apa yang boleh dijelaskan. Hanya mampu menidakkan tuduhan terhadap lelaki itu.

    "Huzer memang anak mama. Tapi mama takkan sebelahkan Huzer kalau macam ni cara dia layan Tiya," pujuk Puan Ruwaida tanpa jemu.

    Sesungguhnya dia bimbang Atiya menjadi mangsa dera anaknya. Mana mahu diletakkan muka di hadapan besan yang sudah lama punya hubungan baik di antara dua buah keluarga?

    Atiya perlu dilayan sebaiknya. Lagi pula Huzer sendiri yang meminta Atiya menjadi isteri. Sudah tentu perlu ditatang bagai minyak yang penuh. Bukan didera begini!

    "Mama... dia tak pukul Tiya," ucap Atiya. Kali ini rendah sahaja nadanya. Pun begitu lebih tegas kedengaran menyapa telinga.

    "Betul ni? Tiya tak tipu mama?" Puan Ruwaida menuntut kepastian.

    "Betul."

    Puan Ruwaida menghela nafas berat. Bibir tersugil senyum tawar. Hati tetap diburu bimbang. Namun Atiya sendiri yang menidakkan. Dia tidak boleh terus mendesak.

    "Kalau Huzer buli Tiya... report kat mama. Faham?"

    "Okey."

    "Jangan takut dengan Huzer tu. Mama dengan papa takkan biar dia buli Tiya."

    "Okey." Atiya mengangguk lagi.

Jangan takut? Mana mungkin tidak takut. Dia lebih rela Huzer benar-benar memukulnya. Sekurang-kurangnya mudah untuknya mengheret lelaki itu ke mahkamah untuk menuntut perpisahan.

Hakikatnya lelaki itu hanya inginkan tubuhnya. Bagaimana mahu mengheret suami sendiri ke mahkamah sedangkan itu merupakan tanggungjawabnya? Mengarut!
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝 Wasap Muna utk versi cetak @0175003365

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now