#14

4.9K 99 4
                                    

"KAK TIYA. Tak panas ke?" soal Nasuha tersenyum simpul. Mata mendarat pada tops turtleneck yang dipakai si kakak ipar. Entah apa yang cuba disembunyikan.

Takkan krim semalam menjadi tragedi. Bukannya mengubati. Senyuman simpul berubah nakal. Kepala mula ligat membuat spekulasi sendiri.

"Nak apa?" soal Atiya dingin.

Kalau si abang sudah dibenci, si adik juga tidak dapat mengelak dari terkena tempiasnya. Lagi-lagi bila si adik ipar yang menjadi penghantar krim semalam. Argh, sakitnya hati!

"Semalam... sapu tak krim tu?" soal Nasuha dengan nada penuh misteri.

Soalan itu menjemput kembali babak yang ingin dibuang jauh dari ingatan. Mengingatkannya pada tangan yang mengambil kesempatan kala menyapu krim di tubuhnya. Dan bibir lelaki itu...

Arghhh! Aku tak nak ingat. Tak nak!

"Kak Tiya sapu sendiri atau..."

"Shut up!" deram Atiya bengang. Terus berlalu ke dapur. Tekak yang terasa haus perlu dibasahkan. Lagi-lagi bila diingatkan tentang babak semalam. Mahu sahaja dia menjerit dan meraung.

Nasuha tertawa kecil melihat wajah merah padam si kakak ipar. Macam udang kena panggang.

Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia terus mengusik. Kalau wajah sudah memerah begitu, tentu sahaja bukan disapu sendiri krim itu.

Dia tidak menduga abangnya cukup prihatin tentang isteri yang baru dinikahi. Sanggup membantu si isteri menyapu krim di tubuh. Atau lebih tepat lagi mengambil kesempatan yang mengasyikkan.

Nasuha tergeleng-geleng sendiri. Tidak dapat dibayangkan wajah abangnya yang tidak punya emosi itu berubah lembut kala berhadapan dengan isteri yang baru dinikahi.

Siapa sangka bila sudah punya isteri lain pula rentak abangnya itu. Dia hampir menuduh abangnya buta nafsu. Tidak bernafsu terhadap perempuan.

Rupanya tuduhan itu jauh tersasar. Baru dua malam bergelar suami, si isteri sudah mula dibaham tanpa belas.

Tidak lama lagi tentu sahaja dia dapat mengelek anak saudara. Hati berlagu girang. Mulut mula menggumam melodi indah. Teruja. Langsung tidak tahu yang si kakak ipar terdera dan terseksa.
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝 Wasap Muna @0175003365 utk versi cetak.😘

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now