#13

5.1K 103 3
                                    

Pada sape yang berminat, novel Bukan Mahuku ni tengah open preoder sampai 20hb September. Limited print. Print cukup2 untuk yang order sahaja. Wasap Muna @ 0175003365.
.
DISENTUH air mata yang entah bila merembes membasahi pipi. Dipandang wajah mendung di cermin meja solek. Tiada keceriaan di situ.

    Dia cuba tersenyum manis. Sukar benar untuk terbentuk. Mengenangkan kekalahan diri setiap kali lelaki itu menuntut hak yang satu itu buat hatinya terjerut sakit. Sukar untuk bernafas bebas.

     Salahkah dia menolak suami sendiri? Salahkah jika dia tidak sudi melayan lelaki itu? Lelaki yang tidak diingininya. Bukan pilihan hati. Malah dibenci.

Salahkah?!

    Dia bukan tidak kenal dosa dan pahala. Bukan tidak tahu menyembah Tuhan di atas sejadah. Malah solat jarang sekali ditinggalkannya.

    Dia bukan hamba yang terlalu baik. Tidak cukup solehah. Tidak bermakna dia tidak mengenal agama. Dan dia tahu benar tanggungjawab seorang isteri.

    Seorang isteri perlu mengikut kehendak suami. Melayan suami bila dituntut. Malah sentiasa menjaga hati suami.

Malang sekali suaminya bukan lelaki pilihan hati. Bukan lelaki yang diidamkannya. Sebaliknya lelaki yang merosakkan segalanya.

Bagaimana dia mampu merelakan diri disentuh lelaki itu? Biarpun tahu tanggungjawab yang tergalas di bahu, dia tetap sukar untuk menerima hakikat.

Tahu sahaja tidak cukup. Melaksanakan pula perkara yang berbeza. Baginya hal bilik tidur hanya patut berlaku di antara pasangan yang saling menyinta. Bukan begini.

Disentuh lelaki yang dingin seperti Huzer mampu membekukan seluruh tubuhnya. Perempuan mana yang sudi disentuh lelaki yang tidak dikenali?

Baginya lelaki itu terlalu asing. Malah tindakan lelaki itu memilihnya cukup untuk menimbulkan rasa benci yang sukar untuk dihakis.

Ya, sesungguhnya dia benci. Lalu bagaimana mahu bersama dengan lelaki itu?

Biar diri berdosa sekalipun, hati yang tidak rela tetap ingin menidakkan hak suami sendiri. Dia langsung tidak cuba memujuk diri agar menerima hakikat yang nyata. Kerana lelaki itu tidak layak bersamanya!

Air mata yang masih setia mengalir disapu pergi. Atiya menelan sebak yang mengasak dada. Memaksa diri untuk berlagak kuat.

Dia tidak boleh lemah begini. Tidak ingin terus dibuli lelaki itu. Biar berapa kali pun dia tewas, dia akan terus menentang lelaki itu.

    Dipaksa senyuman di bibir. Perlahan-lahan disisir rambut panjang hitam separas bahu sebelum disepit kemas. Disapu sedikit bedak menutup sebarang kesan sembap di mata.

    Dia bingkas bangun. Perut yang berbunyi perlu diisi. Tubuh yang kehilangan tenaga semalam perlukan makanan untuk kembali cergas. Dia tidak sudi mendera diri hanya kerana lelaki itu. Sebaliknya perlu lebih menjaga kesihatan agar tidak sentiasa tewas.
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝

Bukan MahukuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin