#6

8.8K 150 4
                                    

Pada sape yang berminat, novel Bukan Mahuku ni tengah open preoder sampai 20hb September. Limited print. Print cukup2 untuk yang order sahaja. Wasap Muna @ 0175003365.
.
TEGANG. Itu yang dirasakan ketika ini. Suasana hening mencengkam mereka yang berada di meja makan. Masing-masing tidak bersuara. Sekadar mengerling pada pasangan pengantin yang berwajah keruh.

Wajah pasangan pengantin jelas tidak bahagia. Langsung tidak cuba menyembunyikan rasa tidak puas hati di dada. Terpaksa.

Puan Ruwaida dan Tuan Husayn berpandangan sesama sendiri sebelum mata kembali mendarat pada si anak dan menantu. Mata bengkak si menantu menimbulkan kerutan di dahi.

Puan Ruwaida mengeluh kecil. Entah apa yang dilakukan anak sulungnya itu hingga bengkak benar mata menantunya.

Atiya menunduk memandang pinggan. Memaksa diri menelan makanan. Perut menjerit lapar dek kehilangan tenaga akibat lelaki di sisinya semalam. Tekak pula tiada selera. Lalu dia sekadar menyumbat makanan ke dalam mulut tanpa sebarang rasa.

Masakan dia punya selera setelah apa yang berlaku semalam. Ditambah pula dengan mata-mata yang menjadikannya mangsa. Memerhati apa yang tidak kena.

Menyesal pula menangis tanpa cuba mengawal emosi. Tentu sahaja matanya yang bengkak menjadi isu. Akal mula menghamun diri. Pasti banyak tanda soal yang bermain di kepala mentuanya.

Kurang senang dengan spekulasi yang mungkin bermain di kepala keluarga mentua buatnya menikam ayam masak merah di dalam pinggan geram. Seolah cuba meluahkan rasa berbuku di dada. Dan tindakan itu membuat blaus lengan panjang yang dipakainya terselak sedikit menampakkan pergelangan tangannya yang biru.

Bulat mata Puan Ruwaida kala mata jatuh pada pergelangan tangan si menantu. Semalam langsung tiada cela. Kenapa hari ini seperti didera.

Matanya mencerlung tajam ke arah si anak. Curiga dan bimbang menjentik hati. Takkan anaknya sampai sanggup mendera.

Huzer yang menjadi mangsa panahan tajam sepasang mata milik Puan Ruwaida turut mengerling ke arah punca datangnya amarah wanita veteran itu. Berkerut dahinya melihat pergelangan tangan sang isteri.

"Tiya," seru Puan Ruwaida lembut.

Atiya mengangkat wajah. Memandang wajah mentua yang jelas risau. Risau tentang apa?

"Kenapa tangan Tiya tu?" soal Puan Ruwaida ingin tahu. Jika benar anaknya yang mendera, dia tidak akan teragak-agak membela menantunya.

Mata Atiya mendarat pada pergelangan tangan yang sedikit terdedah. Cepat-cepat ditutup tidak mahu kesan lebam itu menjadi tontonan umum.

Kerana tidak mahu timbul salah sangka, dia mencari blaus yang sopan untuk dipakai biarpun sekadar berada di rumah. Menutup sebarang cela di tubuh.

"Cakap kat mama, Tiya. Huzer pukul Tiya ke?" soal Puan Ruwaida tegas. Mata menjeling si anak yang tidak punya riak bersalah. Malah tidak tertera sebarang emosi. Seolah langsung tidak bersalah.

Atiya menggeleng pantas. Biarpun semalam dirinya dikasari, dia tidak berniat untuk membusukkan nama suami sendiri. Lagi pula lelaki itu tidak cuba menderanya.

"Huzer!" Suara Tuan Husayn melengking tinggi. Dia tahu perkahwinan ini bukan atas kerelaan anak sulungnya itu. Tidak bermakna Huzer boleh melayan Atiya begitu.

Atiya mengerling ke arah suami di sisi. Lelaki yang menjadi mangsa kemarahan mentuanya selamba menyuap makanan ke dalam mulut. Tidak terkesan langsung!

"Mama... papa..."

"Jangan takut. Mama dengan papa ada. Kalau Huzer pukul Tiya... mama takkan..."

"Bukan!" tegas Atiya memotong bicara Puan Ruwaida. Tergeleng-geleng Atiya menidakkan.

Dia menarik nafas dalam-dalam. Bagaimana mahu menerangkan pada mentuanya apa sebenarnya yang berlaku?

Bolehkah dia menceritakan pada si mentua yang lembam di tubuhnya terhasil kerana meronta kala suami sendiri menuntut hak dari seorang isteri?

Mana mungkin dia membuka pekung di dada sendiri. Memang benar silapnya yang tidak sudi. Namun bolehkah mereka menyalahkannya?

Kerana dia yang tidak rela, menimbulkan amarah seorang suami. Lalu lelaki itu langsung tidak mengawal tenaga seorang lelaki hanya kerana mahu dia menyerah kalah. Cengkaman lelaki itu di tubuhnya menyakitkan. Hingga meninggalkan kesan yang tidak sepatutnya.

"Kalau bukan... kenapa?" soal Puan Ruwaida keliru. Tuan Husayn tidak lagi cuba menyampuk bila si menantu menafikan tuduhan mereka.

"Tiya... Tiya..." Bibir kelu untuk berbicara. Alasan apa yang sedap didengar? Menuduh anak mereka tidak dapat mengawal diri?

Huzer tersenyum sinis melihat sang isteri masih tidak mampu berbicara. Dia bingkas bangun. Tanpa sepatah kata melangkah pergi. Menuju ke syarikat.
Banyak lagi perkara yang perlu diuruskan dari berhadapan dengan tuduhan keluarganya.

Puan Ruwaida dan Tuan Husayn berpandangan sendiri dengan tingkah si anak. Masing-masing mengeluh berat. Tidak tahu bagaimana mahu berinteraksi dengan Huzer yang jelas tidak meletakkan mereka di matanya.
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now