#3

10.3K 162 1
                                    

Pada sape yang berminat, novel Bukan Mahuku ni tengah open preoder sampai 20hb September. Limited print. Print cukup2 untuk yang order sahaja. Wasap Muna @ 0175003365.
.
"BRO, kau buat apa kat sini?" soal Dafiz hampir terkejut beruk dengan kemunculan Huzer. Buntang mata memandang wajah kacak temannya itu. Mahu memastikan dia tidak tersalah orang.

Kalau hari-hari biasa dia boleh menghadam lagi kemunculan Huzer di sini walaupun jarang sekali lelaki itu sudi melepak di tempat begini biarpun dia selalu mengajak untuk berhibur bersama. Selalu benar ditolak.

Tetapi malam ini lelaki itu langsung tidak sepatutnya muncul. Apa yang berlaku?
Siang tadi dia melihat sendiri gadis yang menjadi pasangan Huzer di atas pelamin terhias indah. Cantik orangnya. Sempurna di mata. Cukup untuk meruntun nafsu mana-mana lelaki yang memandang.

Tak mungkinlah gadis secantik itu tidak dapat menjentik nafsu Huzer. Walaupun perkahwinan itu bukan atas dasar cinta, tidak bermakna hidangan di depan mata tidak perlu disantap.

Musykil ni. Mata Dafiz meneliti setiap inci wajah teman yang tidak tertulis sebarang emosi itu. Menghidap penyakit lumpuh tisu muka agaknya.

Walaupun tiada emosi yang ditunjukkan, tetap tidak dapat membuang aura seksual yang menyelubungi lelaki itu. Bermakna sang isteri sudah kenyang disantap suami.

Lalu untuk apa datang melepak di sini? Tak puas dengan isteri sendiri? Mahu menyantap gadis lain pula ke?

Dafiz tergeleng sendiri. Tak mungkin itu berlaku. Selama berkawan dengan Huzer, dia tidak pernah lihat ada gadis yang berani dekat dengan lelaki itu. Atau lebih tepat lagi aura lelaki itu cukup untuk memastikan gadis-gadis yang cuba dekat terus menjauhkan diri. Menggerunkan.

"Dah puas mengkaji?" soal Huzer sinis. Mata mencerun tajam pada teman yang sedang sibuk membuat spekulasi sendiri.

"Bro, malam ni patutnya kau tengah sedap ulit si cantik. Apasal muncul kat sini? Takkan tak kenyang lagi?"

Dafiz mengusap dagu yang berjanggut sejemput. Tak cukup dengan satu ke? Manalah tau lepas hilang teruna terus jadi buaya. Mahu lebih dari seorang.

Huzer tersenyum sinis. Tak kenyang?
Imej sang isteri yang memberontak tidak sudi disentuh terlayar di mata. Lagi si isteri tidak sudi, lagi suka dia memastikan keinginan itu tidak tertunai.

Biarpun sebelum ini dia tidak berminat untuk dekat dengan mana-mana gadis, bila sudah menjadi isterinya takkan mungkin dibiar tanpa disentuh. Dia masih lelaki normal. Hak seorang suami tetap dituntut.

Dafiz tergeleng sendiri bila tidak mendapat reaksi dari temannya itu. Berat benar mulut mahu berbicara.

Bercakap dengan orang bisu lebih baik dari bercakap dengan Huzer. Pun begitu rasa ingin tahu buat Dafiz ringan mulut untuk terus bersuara.

"Aku rasa kau satu-satunya pengantin lelaki yang sanggup tinggalkan isteri waktu malam pertama. Kejam betul. Tak menangis isteri kau dapat suami macam ni?"

Makin sinis senyuman di bibir Huzer mendengar komen itu. Menangis. Siapa kata isterinya tidak menangis. Menangis kerana tewas di tangannya.
Hanya kerana disentuh suami sendiri buat air mata tidak henti membasahi pipi mulus itu. Menyakitkan mata memandang.

Dia tidak punya masa untuk melayan tangisan seorang perempuan. Merimaskan. Disebabkan itu, dia lebih senang mengangkat kaki sebelum tengkingan bergema di hadapan sang isteri.

"Simpati aku dengan isteri kau. Cantik pun kena tinggal suami. Malam pertama patutnya dirai. Tapi kau..." Kata-kata Dafiz terhenti kala renungan tajam Huzer terasa begitu tajam menikam. Menggerunkan.

Bila Huzer sudah begitu, lebih baik dia mengunci bibir. Tidak mahu menjadi mangsa amarah lelaki itu. Biarpun berkawan baik, tidak bermakna Huzer akan bersabar dengannya.

Berpuas hati dengan reaksi Dafiz, Huzer memejamkan mata yang terasa berat. Bayangan sang isteri mula menari-nari di layar mata.

Mengganggu ketenangan yang jarang dapat dikocak sesiapa. Wajah yang basah dengan air mata itu membuat rasa marah menggigit hati. Menangis untuk apa?!

Tangan terkepal tanpa sedar. Entah apa yang dimarahkan. Merimaskan.
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝

Bukan MahukuDove le storie prendono vita. Scoprilo ora