#7

8.5K 137 5
                                    

EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
.
PINTU yang ditolak dari luar mengalihkan tumpuannya dari skrin telefon bimbit. Mata mendarat pada gerangan yang datang mengganggu.

Bertaut dahi bila yang muncul si adik ipar. Belum sepatah pun mereka berbicara sebelum ini. Di meja makan tadi pun si adik ipar hanya menjadi pemerhati. Tidak langsung membuka mulut. Lalu untuk apa muncul di biliknya ketika ini?

Nasuha tersenyum manis bila dirinya menjadi mangsa renungan si kakak ipar. Dia merapati. Tanpa dijemput dia melabuhkan punggung di birai katil. Mata tunak memandang wajah kakak ipar yang bersih tanpa sebarang solekan. Cantik.

Atiya menanti si adik ipar membuka mulut. Ingin tahu apa yang dimahukan adik iparnya itu. Dia sendiri berat untuk bertanya.

"Kak Tiya okey ke?" soal Nasuha lembut. Ada rasa bersalah menggigit hati. Secara tidak langsung dia menjadi penyebab si kakak ipar terheret menjadi isteri kepada abangnya.

"Okey," balas Atiya sepatah.

Mata Nasuha jatuh pada pergelangan tangan Atiya yang terdedah. Hati mula mengutuk abang kesayangan sendiri yang langsung tidak tahu berlembut dengan perempuan.

"Abang Huzer tu... dia tak pernah dekat dengan perempuan. Kak Tiya jangan ambil hati dengan dia tau. Dia tak biasa," tutur Nasuha lembut. Cuba mencipta imej positif si abang di mata kakak iparnya.

Dia tidak mahu Atiya membenci abang kesayangannya itu. Hubungan yang baru terikat harus dipastikan berkekalan. Bukan senang abangnya itu sanggup berkompromi menamatkan zaman bujang.

Andai dibiarkan kakak iparnya membenci, bagaimana hubungan yang sepatutnya terikat mati berkekalan ke hujung nyawa?

Tak biasa? Rasa ingin menjerit sahaja mendengar bicara si adik ipar. Tak biasa tetapi membahamnya hingga tidak bersisa? Tak biasakah begitu? Atau terlalu biasa sebenarnya?!

"Abang Huzer tu..."

"Tak perlu bela dia," bidas Atiya geram. Di matanya bicara Nasuha sekadar ingin membela lelaki itu. Dia tidak sudi membuang masa untuk mendengar apa-apa tentang lelaki itu.

"Suha tak cuba bela dia. Suha cuma harap Kak Tiya tak simpan dalam hati. Abam Huzer dah jadi suami Kak Tiya. Lagi senang untuk Kak Tiya kalau Kak Tiya tahu tentang Abang Huzer."

"Tak perlu," balas Atiya dingin. Dia tidak berniat untuk melayan dingin si adik ipar. Namun bila soal lelaki itu yang diungkit, dia tidak dapat mengawal diri dari membidas.

Nasuha mengeluh berat. Kalau begini reaksi si kakak ipar, bagaimana cinta mahu berputik?

"Abang Huzer lelaki yang baik," ucap Nasuha bingkas bangun dari katil. Dipandang sejenak wajah yang jelas menyimpan marah terhadap abangnya itu.

Sekali lagi keluhan terletus di bibir. Jika di pihak kakak ipar tidak sudi berkompromi, dia perlu mencuba di pihak si abang pula.

Perkahwinan ini terjadi punya kaitan dengan dirinya. Lalu dia mahu memastikan hubungan abang dan kakak iparnya itu membawa makna. Sekurang-kurangnya pengorbanan yang dilakukan menghadirkan bahagia buat dua insan.

Atiya mendengus kasar sebaik Nasuha hilang dari pandangan. Lelaki yang baik?

Terletus tawa di bibir bila cuba memadankan imej suami sendiri dengan perkataan baik. Terlalu lucu. Jauh menyimpang.

Lelaki yang baik tidak akan mengheretnya ke dalam perkahwinan yang tidak sepatutnya terjadi. Lelaki yang baik tidak akan merosakkan bahagianya!
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now