#8

10.4K 211 25
                                    

SEBAIK mata mendarat pada sesusuk tubuh tinggi lampai yang sepatutnya bercuti seminggu setelah melangsungkan perkahwinan, Nan terus bingkas bangun lalu menyaingi langkah majikannya itu. Lagak pembantu terbaik.

Setiap kali majikannya masuk ke pejabat, sudah menjadi tugas utamanya untuk menyampaikan segala maklumat terkini untuk pengetahuan lelaki itu.

Bibir laju menyampaikan maklumat tanpa dipinta si majikan. Menyaingi langkah panjang lelaki itu hingga tiba ke bilik eksklusif milik peneraju syarikat.

"How about Raj?" soal Huzer senada sebaik melabuhkan punggung di kerusi empuk. Mata tunak memandang pembantu setianya itu. Sudah bertahun-tahun kekal di sisinya. Pembantu yang cekap. Menepati piawaian yang ditetapkan.

"Raj will be here by evening."

"Bagitahu dia... terus datang jumpa I," arah Huzer tegas.

"Noted, boss," sahut Nan serius.

Soal projek bermasalah di Melaka menjadi isu yang perlu ditangani segera. Dia tahu majikannya itu menitikberatkan kesempurnaan. Masalah yang timbul pasti menjemput amarah lelaki itu.

"Ada apa-apa lagi, bos?" soal Nan setelah melihat bibir majikannya terkunci rapat. Mata mula fokus pada fail di atas meja. Soalannya hanya dibalas dengan gelengan sekilas.

Nam tersenyum sumbing. Berat benar bibir itu mahu bersuara. Macam ada ketul emas. Jika tiada perkara penting, jangan haraplah dapat mendengar suara maskulin lelaki itu.

Pun begitu, dia sudah terbiasa berkhidmat di sisi lelaki itu. Dia tergeleng-geleng sendiri. Kepala mula ligat mengutuk majikan sendiri.

Mana ada pengantin baru masuk kerja esok harinya. Sekurang-kurangnya bercuti dua atau tiga hari. Menikmati masa bersama isteri.

Simpati bercambah buat isteri lelaki itu. Baru sehari bergelar isteri dilayan dingin suami. Kasihan.

"Ada apa lagi?" soal Huzer sinis kala melihat pembantu 'lelakinya' itu masih tercegat di hadapan mata.

Pantas Nan menggeleng. Kaki laju melangkah ke pintu. Terhenti sejenak saat bibir ringan melontarkan soalan.

"I ingat you cuti, bos."

"Bila I cakap I cuti?" bidas Huzer sinis.

Nan menggaru kepala yang tidak gatal. Benar. Huzer tidak pula memberitahu sendiri yang dia akan bercuti. Sebaliknya maklumat itu disampaikan oleh pembantu Tuan Hidir. Datuk kepada bosnya. Lelaki yang membangunkan HLA Corporation dari bawah.
Nan tidak menunggu lama sebelum menghilangkan diri dari pandangan. Huzer terus fokus pada laporan di tangan.

Saat ini ada imej yang hadir mengganggu. Sesusuk tubuh dipenuhi 'tanda' yang ditinggalkannya menimbulkan kerutan di dahi. Kurang senang dengan imej itu. Mencacatkan pandangan. Mencela kulit yang sepatutnya indah dijamah.

Sekejapan pembantunya dipanggil semula ke dalam bilik.

"Ada apa, bos?"

"Go and get me something."

Bulat mata Nan mendengar benda yang dimahukan lelaki itu. Krim sapu untuk lebam. Mata meneliti lelaki yang nampak sempurna di mata. Tiada kesan sebaran kecederaan pula. Untuk siapa?

"Send to my wife," arah Huzer senada. Kemudian dihalau keluar pembantunya itu supaya fokusnya tidak terus diganggu.

Walau keliru dengan permintaan si majikan, sebagai pembantu yang cekap, dia akan memastikan setiap arahan lelaki itu dipenuhi.

"Takkan ganas sangat kot?" Digaru-garu kepala yang tidak gatal. Bibir tersenyum sumbing. Sejak bila pula bosnya pandai mengambil berat tentang perempuan ni? Bila sudah ada isteri, lelaki mudah benar berubah. Lelaki seperti Huzer juga tidak terkecuali agaknya.
.
P/S: Kalau uols suke Bukan Mahuku, boleh baca teaser Batrisyia & Lelah Mencintaimu kat wattpad Muna jugak tau. Itu pon stok licin sold out. Maknanya ramai yang suke.😝
Wasap Muna utk dapatkan versi cetak @0175003365

Bukan MahukuWhere stories live. Discover now